Datuk
Murad di tangkap ketika ingin keluar dari Malaysia melalui exit KLIA. Pihak polis
yang sedang mencari suspek yang disyaki ada kaitan dengan pembunuhan dua orang
ahli lembaga pengarah syarikat Cemerlang Venture berjaya ditahan selepas pihak
imigresen memaklumkan kepada pihak polis kerana Datuk Murad telah
disenaraihitamkan untuk keluar negara. Beliau yang tidak memberikan sebarang
reaksi ketika ditahan hanya mengikut sahaja arahan pihak polis agar memberikan
kerjasama.
Pihak
polis telah membawa Datuk Murad untuk ditahan bagi menjalankan siasatan lanjut
berkenaan kes pembunuhan misteri rakan bisnis Datuk Murad dalam syarikat
Cemerlang Venture. Pihak polis juga percaya bahawa kehilangan Sofea yang masih
gagal ditemui ada kaitan dengan Datuk Murad yang dikatakan antara suspek utama
kes selain tragedi yang menimpa Asad.
Apabila
ditanya oleh wartawan, Datuk Murad hanya bersikap pasif dan bersahaja. Dia
hanya melihat sahaja para wartawan yang mengerumuni KLIA pada hari ini
mengambil gambarnya dan merakam video penahanannya oleh pihak polis.
Tiada
langsung unsur-unsur terkejut mahupun tentangan dari Datuk Murad ketika dia
dibawa menuju ke kereta peronda polis. Dia dimasukkan ke dalam kereta dan
dibawa pergi oleh pihak polis untuk membantu siasatan lanjut berkenaan kematian
tragis Datuk Kassim dan Datuk Halim.
Shah
Iskandar dan abahnya telah memaklumkan lokasi mayat Asad ditemui kepada pihak
polis dan menyalurkan beberapa bukti yang mengaitkan Arina dan Arini dengan kes
pembunuhan tersebut berdasarkan maklumat-maklumat yang telah dikumpul. Memang
jelas kembar berkenaan merupakan orang terakhir yang dilihat bersama Asad dan
mempunyai motif ke atas pembunuhan tersebut.
Arina
dan Arini tidak mengaku salah atas tuduhan yang dilontarkan kepada mereka namun
terpaksa menelan sahaja apabila bukti melalui CCTV menunjukkan mereka
memasukkan Asad ke dalam bonet kereta yang merupakan kenderaan milik mereka di
salah sebuah stesen minyak yang paling dekat dengan lokasi mayat Asad ditemui.
Bonet
kereta mereka juga didapati ada kesan-kesan darah walaupun ianya telah dicuci
bersih oleh kedua-dua suspek. Pakaian yang berlumuran darah juga ditemui dan
didapati mempunyai DNA kedua-duanya. Darah yang ada dipakaian berkenaan
disahkan adalah darah mangsa yang dibunuh iaitu Asad.
Setelah
memberikan keterangan kepada pihak polis aku dan abah keluar dari balai dan
berbincang pula mengenai keberadaan Sofea yang masih tidak ditemui sehingga
kini. Pihak polis telah pun memulakan siasatan dan masih belum berhasil untuk
menemui wanita malang berkenaan.
Aku
difahamkan bahawa Sofea dikatakan dipanggil oleh seorang pegawai penyiasat
polis untuk diambil keterangannya tetapi pihak polis menafikan ada membuat
temujanji ataupun memohon kehadiran beliau ke balai. Aku percaya ini tentu
kerja Azazil dan hambanya Pak Ramlan yang menipu Sofea untuk keluar dan
seterusnya menculik wanita berkenaan.
Abah
mengajakku untuk ke lokasi dimana Sofea dikatakan terbabas ketika memandu
keretanya. Aku menggelengkan kepala tetapi aku mengesyorkan kepada abah agar
kami ke rumah Pak Ramlan. Mungkin ada sesuatu disana yang boleh membantu kami
untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kehilangan Sofea, usulku. Abah
menganggukkan kepala dan kami bergegas menuju ke rumah Pak Ramlan.
Abah
mengingatkan kepadaku bahawa kami mesti bersiap-sedia untuk menghadapi segala
kemungkinan. Ini adalah kerana kami tidak tahu apa yang akan kami hadapi
apabila tiba disana nanti.
Adli
hanya merenung dari jauh Shah Iskandar yang sedang berjalan ke keretanya. Dilihatnya
seorang lelaki separuh umur berada bersama musuh ketatnya itu. Dia pasti itu
pasti abah Shah Iskandar.
Dengan
tiba-tiba dia keluar dari tempat persembunyiannya dan berjalan perlahan-lahan
menuju ke arah Shah Iskandar yang sudah berada di dalam kereta. Tiba-tiba ada
sebuah kenderaan yang dipandu dengan laju bergerak ke arahnya. Kenderaan
tersebut membunyikan hon yang kuat menyebabkan Adli baru tersedar dia sedang
melintas jalan raya. Dia segera berundur ke belakang dan membiarkan kenderaan
berkenaan melintas dihadapannya. Selepas kenderaan berkenaan berlalu
didapatinya Shah Iskandar sudah tidak lagi dilokasi yang dilihatnya tadi.
Adli
segera berlegar ditempat berkenaan dan cuba mengesan pergerakkan kereta yang
masih ada di sekitar dan tiada kelihatan kereta Shah Iskandar dimana-mana pun.
Dia
kemudian berjalan pantas ke arah jalan masuk ke sebuah simpang dan mendapati
kenderaan Shah Iskandar yang baru sahaja membelok ke satu simpang di sebelah
kanan. Adli dengan segera berpatah balik ke kenderaannya dan memandu laju untuk
mengejar kenderaan Shah Iskandar.
Dia
membelok ke simpang yang dimasuki oleh Shah Iskandar sebentar tadi dan memandu
dengan perlahan untuk mengenalpasti kedudukan kenderaan Shah Iskandar sekarang.
Akhirnya dia melihat kereta Shah Iskandar dan terus memecut laju sedikit agar
tidak kehilangan jejak sekali lagi.
Agak
lama juga Adli mengekori kereta berkenaan dan akhirnya kereta itu masuk ke
sebuah rumah. Adli memberhentikan keretanya dalam beberapa meter dari kereta
Shah Iskandar. Dia amat pasti ini adalah rumah Shah Iskandar.
Kelihatan
Shah Iskandar dan abahnya keluar dari kereta dan menaiki tangga menuju ke dalam
rumah. Adli kemudiannya keluar dari keretanya dan berjalan perlahan-lahan
menuju ke rumah tersebut. Tiba-tiba Pak Ramlan muncul di hadapannya dan
mengangkat tangannya seakan menghalang langkahan Adli untuk ke rumah tersebut.
Adli agak kecewa dengan larangan Pak Ramlan.
“Kau
bukan tandingan Shah Iskandar…Adli…” ucap Pak Ramlan.
“Kenapa
pulak Pak Ramlan…biar aku siat-siat kulitnya buat kain buruk dirumahku…” jawab
Adli dengan nada marah.
“Kau
tidak akan bertahan lama sekiranya kau menentang dia tanpa bantuanku…” ucap Pak
Ramlan lagi.
“Aku
peduli apa…aku mahukan dia mati hari ini…” balas Adli lagi.
“Aku
tahu kau mempunyai semangat untuk membunuhnya…tapi Shah Iskandar bukan
calang-calang orang untuk kau hadap..” pesan Pak Ramlan lagi.
“Apa
yang kau nak aku buat sekarang?” soal Adli kepada Pak Ramlan.
Pak
Ramlan tersenyum mendengar kata-kata Adli. Dia datang dekat dengan Adli dan
memberikan sesuatu untuk dimakan. Dia mengarahkan Adli untuk menelan barang
tersebut. Adli tanpa banyak soal menerimanya dari tangan Pak Ramlan dan menelan
barang tersebut menyebabkan dia tiba-tiba terasa mual dan kepalanya terasa
seperti berpusing-pusing. Dia mengangkat kepalanya dan melihat Pak Ramlan sudah
ghaib. Dalam beberapa saat kemudian dia terasa segar seluruh tubuh dan
kekuatannya seakan bertambah selepas itu.
Adli
melangkah menuju ke rumah Shah Iskandar dengan rasa penuh yakin. Kemudian dalam
beberapa langkah lagi sebelum sampai ke rumah Shah Iskandar, Adli melihat
seorang lelaki berdiri dihadapannya dengan parang tersisip di pinggang.
Kelihatan di tangga rumah, abah Shah Iskandar sedang memerhati dari jauh.
“Kau
pasti Adli kan?…” serkap Shah Iskandar kepada lelaki yang baru pertama kali
ditemuinya.
Adli
hanya ketawa kecil. Dia memandang wajah Shah Iskandar. Kemudian dia menjeling
ke arah abah dibelakang Shah Iskandar.
“Kenapa
tanya kalau sudah tahu!” balas Adli sambil matanya melilau mencari sesuatu yang
boleh dijadikan senjata.
“Ada
hal apa kau dengan aku?” soal Shah Iskandar semula.
“Aku
difahamkan kau cuba nak tolong Sofea kan?” soal Adli kepada Shah Iskandar.
“Ya
benar…dia datang kepadaku untuk mendapatkan pertolongan dan aku akan
menolongnya dengan apa cara sekalipun…” jawab Shah Iskandar dengan tegas.
“Kau
sepatutnya tolak permintaan dia tu…” usik Adli dengan nada menyindir.
“Kau
tak tahu apa yang bakal kau hadapi Shah…” tambah Adli lagi.
“Kalau
kau menyerah hari ini, aku takkan apa-apakan abah kau…” amaran Adli kepada Shah
Iskandar.
“Kau
ni waras atau tidak Adli?” jawab Shah Iskandar.
Adli
dengan tiba-tiba meluru ke depan dan mengacukan buku limanya ke arah muka Shah
Iskandar. Tumbukan padu itu berjaya ditepis namun tumbukan kedua yang dihayun
oleh Adli berjaya dielak dengan pantas oleh Shah Iskandar. Beliau terpaksa
berundur beberapa tapak ke belakang kerana serangan agresif Adli tersebut.
Kini
keduanya bertentang mata diantara satu dengan lain. Adli masih menggenggam
penumbuk dan bersedia untuk menyerang lagi. Shah Iskandar bersedia dengan
kuda-kuda untuk menyerang balas. Dia menanti serangan dari Adli.
Adli
berlari dan melepaskan tendangan sisi yang hampir singgah ke kepala Shah
Iskandar namun berjaya di elak dengan cepat.
Adli
kemudian memusingkan badannya dan melepaskan satu tendangan secara back kick
dan tepat mengenai perut Shah Iskandar yang menyebabkan beliau terhumban ke
tanah dengan serta-merta.
Melihat
kepada situasi Shah Iskandar yang sudah terjatuh, Adli terus membuat serangan
balas dengan melompat tinggi dan mengacukan lututnya ke arah badan Shah
Iskandar.
Shah
Iskandar menggolekkan tubuhnya dengan pantas selepas melihat Adli di udara dan
serangan itu berjaya dipatahkan. Shah Iskandar bangkit semula dengan pantas dan
bersiap sedia untuk membuat serangan balas. Beliau membuat libasan ke arah kaki
Adli dengan kaki kanan yang dipusingkan dari arah belakang badannya namun
berjaya dielak oleh Adli yang melompat dengan kedua-dua belah kakinya sebelum
melompat sekali lagi dengan serangan yang hampir serupa dari Shah Iskandar
dengan menggunakan kakinya yang lagi satu. Kini mereka berdua berada dalam
jarak agak jauh juga selepas berbalas-balas serangan.
Adli
berjalan ke tepi sebatang pokok yang sudah tumbang. Dia memijak dahan pokok
berkenaan yang sudah tidak mempunyai daun tetapi mempunyai hujung yang tajam
dan mematahkannya dari pokok berkenaan. Dia kemudian melibas-libas kayu yang
dipatahkan tadi umpama pedang. Kini dia bersenjata tajam dan bersedia untuk menyambung
perhitungannya dengan Shah Iskandar.
“Hei
orang tua…takkan nak duduk je situ!?” umpan Adli kepada abahku yang masih memerhatikan
kami berdua.
Aku
menjeling ke arah abah dan memberikan isyarat agar tidak perlu masuk campur
pertempuran kami tetapi abah termakan umpannya dan segera turun dengan pantas.
Apa
yang aku dan abah tidak tahu adalah Adli mempunyai sepucuk pistol dan dia
mengeluarkan senjata berkenaan dan cuba melepaskan tembakan kepada abah. Aku
terkejut namun aku mencuba untuk menghalang Adli dari melepaskan tembakan
kepada abah yang terpaku dengan tindakan Adli.
Aku
berlari ke arah Adli dan melompat dengan seberapa pantas untuk menggagalkan
Adli dari menggunakan pistol berkenaan namun aku agak terlewat kerana pistol
itu meletup sebelum aku berjaya menendang tangan Adli menyebabkan sasaran
pistol berkenaan tepat mengenai kaki abah dan beliau jatuh tersungkur ke tanah.
Pistol berkenaan masih ditangan Adli dan aku menyepak mukanya dengan kaki
kiriku menyebabkan dia mengalami gegaran otak buat seketika sebelum aku
menambah satu tendangan berputar menyebabkan dadanya menjadi sasaran dan Adli
terhumban ke belakang dan melepaskan pegangan pistol dan kayu yang dipegangnya.
Melihat
Adli sudah tertewas aku kembali mengukuhkan kedudukankan dan kemudian berlari
menuju ke arah dia jatuh. Ku dapati Adli sudah lari meninggalkan tempat
berkenaan sambil terdengkot-dengkot menuju ke jalan besar. Aku tidak dapat
meneruskan pengejaranku kerana teringat dengan abah yang terkena tembakan oleh
Adli sebentar tadi. Aku berlari mendapatkan abah yang masih terbaring kesakitan
kerana ditembak dikaki.
Aku
segera memapah abah untuk masuk ke dalam kereta. Selepas itu aku memandu pantas
untuk membawa abah ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Selepas
abah mendapat rawatan aku telah menghubungi pihak polis untuk memaklumkan
kejadian berkenaan sambil menyerahkan sepucuk pistol yang telah ditinggalkan
oleh Adli ditempat kejadian untuk siasatan lanjut oleh pihak polis.
Doktor
yang telah selesai mengadakan operasi pembedahan memaklumkan bahawa pembedahan
berjaya mengeluarkan peluru yang menembusi kaki abah dan pihak polis telah
dimaklumkan berkenaan perkara berkenaan. Segala siasatan akan dilakukan oleh
pihak polis bagi menangkap Adli yang telah menembak abah pada hari ini.
Aku
percaya Adli akan datang semula untuk mencariku nanti naluriku berkata-kata
kerana perhitungan tadi belum selesai dan Adli yang meluap-luap dendam
kesumatnya pasti akan memburu aku lagi. Buat masa ini, biar polis yang
menguruskan hal Adli. Aku akan bersedia untuk perhitungan yang seterusnya Adli.
Rumah
Datuk Halim hari ini bising dengan muzik yang kuat dan lantang. Ramai tetamu
yang berkunjung untuk menghadiri parti yang diadakan sempena hari lahir Maria. Hari
ini merupakan hari bebas sedunia dimana lelaki dan wanita bercampur dan
mengambil minuman keras sebebas-bebasnya. Terdapat juga minah-minah salleh yang
hadir ke parti tersebut. Bukan sahaja kawan-kawan Maria tetapi kawan-kawan Adli
turut sama hadir ke parti berkenaan.
Dengan
adanya DJ jemputan yang mengendalikan majlis, sudah tentu majlis yang
dilaknat Allah ini hiruk pikuk dengan jeritan dan bunyi muzik yang bising dan
kuat. Tetamu kebanyakkannya menari-nari dengan gaya masing-masing dan terlalu
asyik dengan nikmat duniawi yang bila-bila masa sahaja akan tamat tanpa mereka
sedari.
Ahli-ahli
lembaga pengarah yang turut hadir adalah Datuk Kassim dan Datuk Murad bagi memeriahkan
majlis di rumah Datuk Halim. Mereka masing-masing membawa isteri masing-masing
ke parti berkenaan. Datuk Halim hanya menjeling sahaja ke arah Datin Faridah
dan Datin Asmawani yang menemani suami mereka. Masing-masing membawa kotak
hadiah yang besar untuk diberikan kepada Maria.
Kelihatan
juga dimajlis berkenaan Doktor Arif dan kembar Arina dan Arini. Mereka juga
turut membawa hadiah untuk Maria.
“Doktor
Arif…akhirnya bertemu juga….” jerit Arina kepada jejaka kacak berkenaan.
Doktor
Arif hanya tersenyum mendengar pujian dari Arina. Kemudian Arini datang dari
sebelah kanannya dan memegang lengannya dengan mesra. Doktor Arif cuba
mengatakan sesuatu namun Arini tidak mendengar dengan jelas kata-katanya kerana
muzik yang agak kuat. Beberapa kali dia meletakkan tangannya di telinga untuk
memberikan isyarat bahawa dia tidak mendengar dengan jelas apa yang
diperkatakan. Arina kemudian memegang lengan sebelah kiri Doktor Arif dan
menarik lelaki berkenaan bersama kembarnya berjalan menuju ke tangga untuk naik
ke atas. Doktor Arif hanya menurut sahaja kembar berkenaan kerana dia sendiri
tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh kedua-dua perempuan berkenaan.
Arina
memimpin mereka berdua untuk masuk ke salah sebuah bilik dan mengunci bilik
berkenaan. Mereka bertiga duduk di tepi katil sambil tertawa riang. Bunyi
bising sudah agak perlahan kerana mereka berada dalam ruang yang tertutup.
“Apa
yang Doktor cakap pada I tadi?” bisik Arini ke telinga
Doktor Arif.
“Ohh…sebenarnya
saya sekarang confuse…yang mana satu Arina dan yang mana satu Arini” ucap
Doktor Arif.
Kembar
berkenaan ketawa dengan kuat mendengar apa yang diperkatakan oleh Doktor Arif.
Kemudian kedua-duanya berdiri di hadapan Doktor Arif. Arina menunjukkan dagunya
yang tidak mempunyai tahi lalat. Sementara itu, Arini menunjukkan tahi lalat di
dagunya. Doktor Arif menunjukkan isyarat bagus selepas mengetahui cara untuk
mengenali Arina dan Arini. Kembar berkenaan kemudian duduk semula di sebelah
Doktor Arif.
“I
nak minta tolong Doktor boleh tak?” rengek Arina.
“
I
pun nak mintak tolong dengan Doktor juga…” bisik Arini pula sambil
tersenyum-senyum.
Doktor
Arif semakin seronok dengan usikan manja kedua-dua kembar berkenaan.
“Nak
I
tolong apa ya?” balas Doktor Arif dengan
perlahan kepada keduanya secara serentak.
Kembar
berkenaan tersenyum dan memandang wajah
diantara satu sama lain.
Setelah
mendengar proposal dari kembar berkenaan, Doktor Arif bersetuju untuk
menjadi pembantu kepada keduanya sekiranya mereka didapati hamil dalam
menjalankan perniagaan mereka dalam bidang pelacuran dengan kadar diskaun.
§§
“Okay…good
job!” puji Adli di talian telefon.
“Siapa
tu Ad?” soal Maria ingin tahu.
“Oh…no
one lah…” jawab Adli pendek sambil berlalu dari situ menuju ke sebuah
kumpulan gadis yang sedang menari-nari seperti orang hilang akal di hadapan DJ
yang sedang memainkan muzik bingit dan bising.
Maria
terasa hati dengan abangnya namun dia juga berjalan menuju ke arah
kawan-kawannya yang sedang rancak berbual di sofa. Pada masa itulah dia
terlihat kelibat Pak Ramlan berada di atas tangga di bahagian atas. Tiba-tiba
ada orang yang sedang turun dan menyebabkan kelibat Pak Ramlan terhalang.
Apabila Maria cuba untuk mengesan beliau, beliau sudah ghaib entah ke mana.
“Mungkin
perasaan aku sahaja…” bisik hati kecilnya.
Kemudian
dia terasa seperti ada seseorang yang memegang bahunya sambil mengucapkan
selamat hari lahir. Dia cuba menoleh dan mengukir senyum tetapi dia tidak
melihat sesiapa yang ada dibelakangnya walaupun terasa seperti dicuit bahunya.
Dia cuba memandang sekeliling dan mendapati masing-masing sibuk dengan urusan
masing-masing di parti berkenaan.
Maria
terasa seperti ada seseorang yang memegang tangannya dan menariknya ke tepi.
“Happy
birthday Maria…” ucap Doktor Arif sambil mencium pipinya. Sebuah kotak
kecil diserahkan kepada Maria oleh Doktor Arif.
“Thank
you Arif!” ucap Maria sambil memeluk erat Doktor Arif. Maria kemudian
melepaskan pelukannya dan mendapati dia baru lepas memeluk Pak Ramlan yang
disangkanya Doktor Arif. Pak Ramlan tiba-tiba berubah wajah menjadi menakutkan
dan menyebabkan Maria menjerit ketakutan dan akhirnya dia pengsan di tengah
rumah.
§§
Maria
membuka matanya perlahan-lahan dan mendapati dirinya berada didalam biliknya
sendiri. Datin Faridah mengusap-usap kepala Maria.
“Are
you okay sayang?” soal ibunya perlahan.
Maria
masih membisu kerana dia tidak faham dengan situasi yang sedang dialaminya
sekarang. Dia cuba untuk bangun namun dihalang oleh ibunya.
“Get
some rest first okay…” ucap ibunya lagi.
Maria
kembali meletakkan kepalanya dan cuba untuk berehat. Dia cuba untuk mengingati
kejadian yang berlaku sebentar tadi namun dia masih tidak dapat mengingatinya.
Pak
Ramlan membakar kemenyan diruang tengah rumahnya. Sambil itu mulutnya
terkumat-kamit membaca mantera yang telah diajar untuk memanggil sahabatnya.
Matanya terpejam penuh. Mindanya difokuskan sepenuhnya kepada ritual yang
sedang dijalankan. Waktu itu menunjukkan tepat jam tiga pagi. Kedengaran bunyi
lolongan anjing berdekatan kawasan rumahnya. Pak Ramlan mengukir senyum. Dia
masih memejamkan matanya. Pembacaannya semakin pantas dan berterusan. Dia masih
duduk bersila ditengah rumah. Suasana begitu hening sekali. Anjing masih
menyalak diluar rumah walhal Pak Ramlan tidak membela seekor anjing pun!
Tiba-tiba
Pak Ramlan membuka matanya. Dia memandang tepat ke penjuru ruang rumah dan
melihat kelibat seseorang. Dia bingkas bangun dan duduk di atas sofa. Kelibat
itu menghampirinya dan berdiri dihadapannya.
“Apa
yang kau nak laporkan Ramlan?” kedengaran suara garau menyoal Pak Ramlan.
“Aku
ingin berbicara dengan kau…mengenai rancangan kita” sahut Pak Ramlan kepada
makhluk tersebut.
Makhluk
itu tertawa nyaring dan kuat. Seakan bergegar rumah Pak Ramlan akibat bunyi
ketawa tersebut.
“Kau
tak perlu khuatir…aku akan jelaskan kepada kau!” balas makhluk berkenaan lagi.
“Tapi,
keadaan agak kacau buat masa ini…” soal Pak Ramlan semula.
Makhluk
tersebut menyalakan matanya umpama api yang membara. Dia tiba-tiba menjadi
marah mendengar kata-kata Pak Ramlan.
“Apa
maksud kau?” gerutu makhluk berkenaan kepada Pak Ramlan.
“Shah
Iskandar…” jawab Pak Ramlan.
Sebaik
sahaja mendengar kata-kata Pak Ramlan mengenai Shah Iskandar, makhluk itu terus
menjadi berang. Dia mengamuk di dalam rumah Pak Ramlan. Habis semua
barang-barang di ruang tamu itu berterbangan dan berselerakan selepas dia
menjerit kemarahan.
“Kenapa
dengan Shah Iskandar…?” soalnya semula kepada Pak Ramlan sambil merenung tajam.
“Aku
rasa dia sudah tahu mengenai kita…” ucap Pak Ramlan dengan terketar-ketar.
Makhluk
itu ketawa secara tiba-tiba. Dia kemudian menghilang dan muncul dipenjuru
rumah. Kemudian menghilang semula dan muncul di atas palang rumah bertenggek.
Pak Ramlan tidak sedar sehinggalah dia bersuara semula dan dilihat makhluk itu
sedang berfikir tentang sesuatu.
“Ramlan,
aku mahu kau jumpa dengan Adli dan masukkan ini dalam minumannya…” arah makhluk
berkenaan sambil mencampak sesuatu ke arah Pak Ramlan. Pak Ramlan menyambut
barang berkenaan dan apabila menoleh semula ke arah makhluk berkenaan, makhluk
tersebut sudah ghaib dari pandangan.
Kemudian
dia terasa seseorang menyentuh bahunya dan apabila ditoleh didapati makhluk
berkenaan meletakkan tangannya di atas bahu Pak Ramlan.
“Baiklah,
aku akan pastikan barang ini masuk dalam minuman Adli” janji Pak Ramlan kepada
makhluk berkenaan.
“Aku
pasti kau tahu apa yang kau lakukan…” ucap Pak Ramlan lagi apabila mengetahui
makhluk berkenaan ghaib sekali lagi. Dia menoleh kekiri dan kanan dan tidak
nampak makhluk berkenaan. Pak Ramlan mengutip dan menyusun semua barang-barang
yang bersepah dilantai akibat perbuatan makhluk berkenaan. Setiap kali dia
mengutip bekas-bekas berkenaan dia akan lihat wang kertas yang padat terisi
didalam setiap bekas yang bersepah itu. Pak Ramlan sangat gembira kerana
sahabatnya faham apa yang diperlukannya. Dia mengeluarkan wang-wang tersebut
dan memasukkan ke dalam satu karung wang. Sekejap sahaja karung berkenaan
menjadi penuh dengan wang yang banyak.
“Macam
mana dia boleh terlepas?” jerit Adli kepada kepada Arina dan Arini.
Kembar
berkenaan berpandangan sesama sendiri.
“Mungkin
ada orang yang bantu dia Ad…” jawab Arina.
Adli
menyapu-nyapu mukanya berkali-kali kerana tidak percaya bahawa Sofea sudah
meloloskan diri dari bilik kurungannya.
“Aku
dah cakap, jaga dia kejap…bukannya ramai pun…minah tu sorang ja…itupun korang
tak boleh buat!” marah Adli sambil menendang kerusi dihadapannya yang
terpelanting ke pintu.
Terkejut
Arina dan Arini melihat gelagat Adli pada hari ini.
“Ala
rileklah
Ad!” jerit Arini pula.
Adli
berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan. Dia seakan mati akal untuk
berfikir apa-apa pun lagi.
“Aku
pergi sekejap ja hantar perempuan-perempuan tu, tapi korang dua orang boleh
pulak tinggalkan dia sorang-sorang kat sini tanpa kawalan…!” ungkit Adli kepada
kembar berkenan.
“Hei!
Sini ada apa Ad?!…masa kita orang tinggalkan dia, dia pengsan, tangan
terikat, kaki terikat…macam mana dia nak lari?” balas Arina mempertahankan
tindakan mereka keluar malam tadi untuk makan di salah sebuah pekan terdekat.
“Lagipun
Arini lapar, so kita orang keluar lah sekejap…” balasnya lagi dengan muka
merah padam.
Adli
mengangkat kedua-dua tangannya tanda tidak mahu lagi bertekak mengenai hal
Sofea.
“Aku
harap Sofea tak kenal dan tak tahu siapa yang culik dia dan bunuh kawan dia…”
ucap Adli sambil duduk di sebuah kerusi.
Tiba-tiba
kedengaran pintu diketuk dari luar.
Kemudian
pintu berkenaan terbuka dan dimasuki oleh seorang lelaki separuh umur yang
ala-ala jawa penampilannya.
“Pak
Ramlan!” jerit Arina dan Arini hampir serentak.
Pak
Ramlan hanya tersenyum dan berjalan ke arah Adli yang sedang gelisah di tempat
duduknya. Orang tua berkenaan kemudian menarik sebuah kerusi tanpa perlu
bersusah-payah kerana hanya menggunakan kuasa tangannya untuk memastikan kerusi
berkenaan bergerak sendiri ke arahnya. Selepas itu dia duduk berhadapan dengan
Adli. Pak Ramlan menampar muka Adli menyebabkan lelaki berkenaan terjatuh dari
kerusi yang didudukinya.
“Kau
cuma perlu tahan dia sekejap sementara aku datang Adli!” marah Pak Ramlan.
Adli
menunjukkan jarinya ke arah kembar yang sedang berdiri di ruang tengah rumah
berkenaan. Pak Ramlan menolehkan mukanya yang sedang marah. Matanya kemudian
bertukar menjadi merah menyala menyebabkan kembar berkenaan menjadi takut
melihat perubahan tersebut.
Pak
Ramlan berjalan ke arah mereka dan wajahnya tiba-tiba kembali ke asalnya.
“Macam
mana perempuan itu boleh terlepas?” soal Pak Ramlan.
“Saya
rasa Asad yang tolong dia, Pak Ramlan…” jawab Arina yang seakan bergetar
suaranya.
Pak
Ramlan mengangkat kedua belah tangannya dan secara tiba-tiba Arina dan Arini
ditarik ke arah tangan Pak Ramlan dan mendapati leher mereka dicengkam kuat
oleh tangan tersebut. Keadaan berkenaan menyebabkan mereka sukar untuk
bernafas. Dapat diperhatikan bahawa kedua-dua kaki mereka sudah terapung di
udara dan tangan mereka memukul-mukul cengkaman Pak Ramlan.
Selepas
beberapa ketika, Pak Ramlan melepaskan cengkaman berkenaan dan kembar berkenaan
jatuh serentak ke lantai. Mereka masih lagi menderita kerana kesesakan nafas
sebentar tadi dan mengurut-urut leher mereka.
“Perempuan-perempuan
yang lain tu kau dah hantar Adli?” soal Pak Ramlan yang berjalan menuju ke arah
Adli yang masih berada dilantai rumah. Adli segera bangun dan membersihkan baju
dan seluarnya yang berdebu kerana terjatuh sebentar tadi.
“Aku
dah hantar petang tadi…kesemuanya…kecuali perempuan yang mati tu…aku dah buang
mayatnya…” balas Adli pantas.
“Kau
buang kat mana?” soal Pak Ramlan semula.
“Aku
buang kat hutan sebelah ni…” jawab Adli lagi.
“Kau
berhutang denganku Adli…aku mahukan perempuan itu…” ugut Pak Ramlan kembali.
Adli
hanya menganggukkan kepala. Dilihatnya kembar berkenaan turut mengganggukkan
kepala mereka.
Sebaik
sahaja selesai, Pak Ramlan ghaib secara tiba-tiba dari pandangan mata mereka
semua.
Adli
menyalakan api rokoknya semula sambil kembali membetulkan kerusi yang terbalik
tadi dan duduk semula di atasnya. Dia melepaskan asap rokoknya beberapa kali.
“Esok
aku nak 20 orang perempuan lagi…” laung Adli kepada Arina dan Arini.
“Sofea
macam mana?” soal Arina.
“Biar
aku yang uruskan…” jawab Adli.
Dia
menyedup rokoknya dalam-dalam sebelum melepaskan kepulan asap rokok yang banyak
ke udara. Dia memberikan isyarat tangan agar kembar berkenaan keluar dari rumah
berkenaan. Mereka berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu keluar dan menghilang
diri selepas itu.
Adli
masih terngiang-ngiang amaran Pak Ramlan kepadanya sebentar tadi. Dia tahu
bahaya yang akan menimpanya kalau permintaan Pak Ramlan itu gagal
disempurnakan. Orang tua itu mempunyai kuasa ghaib. Dia adalah pengikut Azazil.
Adli amat pasti tentang perkara berkenaan dan tidak mahu mencari pasal dengan
Azazil pula.
Edriana
mencapai telefon bimbitnya dan mula mendail nombor. Untuk beberapa ketika,
terdengar bunyi tone telefon yang berdering beberapa kali sebelum talian
tersebut disambungkan.
“Hello
Ed! Lama tak dengar berita” ucap suara itu.
“Hello
Sofea! My favorite gegirl! You too busy to call me ya? “ soal
Edriana kepada Sofea.
“No…I
just busy with my work!” balas Sofea.
“I see…I nak jumpa you
petang ni…are you free?” pujuk Edriana kepada Sofea yang agak sibuk.
Lama
Sofea mendiamkan diri sebelum bersetuju dengan permintaan rakan baiknya itu.
Selepas masing-masing bersoal jawab tentang lokasi yang sesuai untuk berjumpa,
akhirnya kedua-duanya membuat kata putus untuk berjumpa di tempat yang biasa
mereka kunjungi sebelum ini.
Edriana
dan Sofea masing-masing pernah belajar ditempat yang sama sebelum ini. Mereka
merupakan room mate dan course mate sepanjang pengajian mereka di universiti.
Kedua-duanya merupakan pelajar pintar dan Edriana menolak peluang untuk
berkerja bersama-sama dengan Sofea kerana ingin mendapatkan pengalaman di luar
negara sebelum mencuba nasib di negara sendiri. Sofea banyak kali menawarkan
peluang kepada rakan karibnya untuk bekerja disyarikat ayahnya namun ditolak
dengan cara baik oleh Edriana yang belum bersedia untuk kembali ke Malaysia.
Selepas
hampir bertahun-tahun diluar negara, beliau mengambil keputusan untuk bercuti
dan kembali ke tanahair untuk mengubat rindunya kepada Sofea. Edriana tidak
mempunyai sebarang ahli keluarga kerana beliau telah kehilangan mereka akibat
kemalangan jalan raya ketika Edriana masih remaja. Oleh kerana itu, Datuk
Hisyam, iaitu ayah Sofea telah berbesar hati untuk menaja pengajian Edriana dan
juga anaknya Sofea di Universiti yang sama. Oleh kerana itu, Edriana merasakan bahawa Sofea bukan
sahaja sebagai kawan malahan sudah seperti saudaranya sendiri.
§§
Kelihatan
kereta Sofea keluar dari bangunan Cemerlang Venture Sdn Bhd menuju ke suatu
destinasi yang telah dipersetujui bersama dengan Edriana. Dalam waktu yang
sama, ada sebuah kereta lain yang mengekori kereta yang dipandu oleh Sofea
tanpa pengetahuannya.
§§
Edriana
menahan sebuah teksi dan memberitahu destinasinya. Pemandu berkenaan
menganggukkan kepala dan memandu menuju ke lokasi yang dikehendaki oleh Edriana
selepas wanita berkenaan masuk ke dalam teksinya. Dalam masa setengah jam,
Edriana sudah sampai ke lokasi pertemuannya dengan Sofea. Dia membawa sesuatu
di dalam beg kertas yang dijinjingnya. Dia berjalan menuju ke sebuah bangku di
suatu sudut yang berhadapan dengan tasik. Dia melihat jam di tangan dan
mendapati dia agak awal sampai ke lokasi berkenaan. Dia kemudian melabuhkan
punggungnya dan mula membelek telefon. Dia menghantar satu pesanan ke Sofea
melalui aplikasi WhatApps.
“Kat
mana? I dah sampai tau…”. Masih hanya satu tick.
§§
Sofea
memandu keretanya ke ruangan tempat meletak kenderaan dan memberhentikan
kenderaannya. Dia keluar dari keretanya dan menekan butang kunci alarm.
Kemudian dia melangkah perlahan menuju ke tempat Edriana sedang menunggu. Dia
melihat telefon bimbitnya dan mendapati ada mesej diterima. Dia segera
membukanya dan menjawab.
“I’m
on my way. Just arrive..” mesej tersebut dihantar ke Edriana dan terus double
blue tick.
“Noted”
balas Edriana.
Sofea
tersenyum dan mula melangkah laju. Di belakangnya ada seorang lelaki
mengekorinya. Sofea masih tidak menyedari bahaya yang sedang mengejarnya!
§§
Edriana
disapa oleh dua orang wanita secara tiba-tiba. Dia mengangkat kepalanya dan
melihat dua orang wanita yang berwajah serupa.
“Yes…can
I help you?” balasnya ringkas.
“Are
you miss Edriana?” tanya salah seorang wanita berkenaan.
“Yes I
am…Do I know you?” soal Edriana pula.
Salah
seorang wanita berkenaan tiba-tiba menghalakan sesuatu ke arah muka Edriana dan
menyembur cecair berkenaan menyebabkan dia pengsan tidak sedarkan diri. Kembar
berkenaan iaitu Arina dan Arini mengangkat Edriana dan menyorokkan wanita
berkenaan di belakang semak. Sementara itu, Arina mengambil tempat Edriana dan
memakai hud kepala. Arini berkawal di tempat Edriana disembunyikan.
Kemudian,
tidak beberapa lama, Sofea muncul dan berjalan ke arah Arina yang disangkakan
sahabatnya Edriana. Dibelakang Sofea ada kelibat seorang lelaki yang tidak lain
adalah Adli yang mengekori Sofea secara senyap.
Sofea
memanggil nama Edriana sambil melambaikan tangannya. Dia kelihatan gembira
namun tertanya-tanya dengan tindak balas Edriana yang tidak memperdulikannya.
Sampai
sahaja di hadapan Arina yang disangkakan Edriana, Arina mengangkat kepalanya
dan menarik hudnya ke bawah.
Alangkah
terkejutnya Sofea dengan kehadiran Arina disitu.
“Kau
Arina!!…mana Edriana?!!” gesa Sofea kuat.
Kemudian,
Sofea dipeluk dari belakang oleh Adli dengan kuat menyebabkan Sofea cuba
meronta-ronta untuk melepaskan diri. Namun dia gagal selepas Arina menyembur
mukanya dengan sesuatu cairan yang menyebabkan dia terasa dunianya menjadi
gelap gelita.
§§
Sofea
terjaga dan mendapati tangannya terikat dan juga kaki. Dia memandang sekeliling
dan mendapati berada di dalam sebuah bilik yang agak suram cahayanya. Dia
terbatuk-batuk kecil kerana udara yang agak berdebu di dalam bilik tersebut.
Kemudian apabila dia berjaya untuk duduk, dia mendapati ada beberapa orang
perempuan yang turut diikat berada dalam bilik tersebut tetapi masih belum
sedar dari pengsan.
Sofea
memanggil nama Edriana berkali-kali namun tiada tubuh yang pengsan tersebut
yang menyahut panggilannya. Dia mengesyaki Edriana pasti tiada dalam bilik
berkenaan.
Kemudian
Sofea terdengar satu suara memanggil namanya dari bahagian sebelah bilik
berkenaan. Dia menyahut panggilan tersebut dan memanggil nama Edriana pula.
Suara berkenaan mengaku sebagai Edriana. Lega hati Sofea mendengar suara
Edriana.
Kemudian
dia terdengar ada tapak kaki berjalan ke arah tempat dia dikurung. Kedengaran
bunyi kunci dan pintu dibuka. Namun Sofea agak hairan kerana pintu yang dibuka
bukan lah bilik tempat dia dikurung tetapi bilik sebelah. Kemudian terdengar
suara wanita menjerit seolah-olah dikeluarkan secara paksa dari bilik
berkenaan. Sofea memanggil nama Edriana. Kedengaran suara Edriana meminta
tolong kerana dia ditarik keluar dari bilik berkenaan dengan kasar. Sofea terus
memanggil nama Edriana dan cuba menenangkannya. Namun yang kedengaran hanyalah
bunyi seakan-akan ada sesuatu yang diheret keluar dari bilik itu. Sofea terus
membentak dan menjerit orang yang melakukan keganasan kepada Edriana dengan
harapan Edriana akan dilepaskan. Namun usahanya hanya sia-sia kerana selepas
itu tiada lagi kedengaran apa-apa.
Sofea
bersandar ke dinding bilik dan mula menangis. Dia seolah-olah tdak tahu lagi
apa yang perlu dilakukan. Dia teringat wajah Arina. Dia pasti, Arini pasti
terlibat juga. Cuma dia masih tidak tahu siapa lagi yang terlibat dalam perkara
ini. Ada seorang lelaki yang memeluknya dari belakang pada masa kejadian tetapi
dia tidak dapat mengenalpasti siapa orang itu kerana pada masa itu dia sudahpun
pengsan.
Pada
masa itulah pintu biliknya dibuka dari luar. Cahaya yang agak terang dari arah
pintu itu terbuka menyilaukan mata Sofea. Dia terasa sudah berjam-jam dia
dikurung di lokasi yang tidak diketahuinya. Sofea terasa tubuhnya sangat lemah.
Kemudian kakinya dirasakan dipegang oleh seseorang dan tubuhnya diseret keluar dari
bilik berkenaan. Dia hanya mampu berserah kerana tiada lagi daya untuk melawan
ataupun menidakkan perbuatan berkenaan. Tubuhnya diseret sehingga beberapa
meter sebelum dibiarkan di suatu ruang dalam rumah berkenaan.
Sofea
disimbah dengan air menyebabkan dia terduduk kerana simbahan tersebut. Dia cuba
menggagahkan diri dan terus duduk ditempat dia disimbah air tersebut.
“Hei…bangun…”
ucap suara tersebut.
Sofea
cuba untuk membuka matanya. Namun tubuhnya dirasakan sangat lemah. Dia
mencari-cari arah suara berkenaan yang mirip seperti suara seorang perempuan.
“Baru
kau tahu ya!..” ulang suara berkenaan sambil ketawa.
Kemudian
dia terasa seseorang memegang kepalanya dan menarik rambutnya dengan kuat
menyebabkan dia menjerit kesakitan sebelum rambutnya dilepaskan.
Sofea
memandang sekeliling dan mendapati dirinya didalam sebuah bilik yang mempunyai
kerusi dan meja. Dia melihat seorang wanita terbaring dihadapannya. Dia rasa
seperti kenal kepada wanita berkenaan yang kelihatan sudah tidak bergerak lagi.
Tangannya terikat begitu juga dengan kakinya. Sofea cuba mengengsot ke kiri
agar dapat melihat kepala wanita yang agak terselindung. Dia berjaya mengengsot
dan mendapati kepala wanita berkenaan tertutup dengan beg plastik. Dia percaya
wanita yang terbujur kaku di hadapannya sudah tidak bernyawa lagi.
Ketika
fikirannya masih ligat berfikir, satu tendangan dari belakang diterimanya
menyebabkan dia tersungkur ke hadapan dan kesakitan itu menyebabkan dia tidak
berdaya untuk bangkit semula dan dia pengsan dengan serta-merta.
§§
Sofea
tersedar dari pengsannya dan mendapati dia berada dalam bilik kurungan sekali
lagi. Kali ini tiada siapa yang ada dalam bilik berkenaan melainkan dia
seorang. Dia mencuba untuk duduk dengan keadaan tangan dan kaki terikat. Dia
terasa pedih yang amat sangat di tangan dan kakinya. Setelah puas mencuba,
akhirnya dia berjaya juga untuk duduk. Sofea kemudian terasa ikatan tangannya
seperti sudah longgar dan mencuba sekuat tenaga untuk melepas ikatan berkenaan.
Akhirnya dia berjaya membuka ikatan tangannya. Kemudian dengan segera dia
membuka ikatan kakinya. Dia melihat tangan dan kakinya yang kelihatan melecet
kerana ikatan tersebut.
Sofea
cuba untuk bangun dan berdiri di dalam bilik berkenaan. Dia tidak mendengar
sebarang suara dari dalam rumah berkenaan. Bilik sebelah juga sudah seperti
ditinggalkan penghuninya.
Sofea
kemudian berjalan ke pintu dan mencuba untuk membukanya namun didapati terkunci
dari luar. Dia kemudian berlegar ke segenap bilik untuk mencari sesuatu yang
boleh membantu dia melepaskan diri dari kurungannya.
Kemudian
Sofea terdengar seseorang memanggilnya dari satu ruang dalam bilik berkenaan.
Dia cuba mengesan suara berkenaan dan mendapati ada orang dibalik dinding
tetapi bukan dari bilik sebelah. Dia cuba mengecam suara berkenaan dan dia terdengar
suara seakan-akan Asad.
“Asad?…awak
ke?” soal Sofea.
“Ya…ya…Sofea
tak apa-apa ke?” soal Asad semula.
Sofea
menitiskan airmata kegembiraan apabila mendengar suara Asad di balik dinding.
Dia kemudian berundur sedikit ke belakang selepas Asad mengarahkannya kerana
Asad ingin memecahkan dinding papan berkenaan bagi melepaskan Sofea dengan
segera.
Dengan
beberapa pukulan dari luar akhirnya dinding papan berkenaan pecah dan ditarik
oleh Asad bagi membuka laluan kepada Sofea yang tidak sabar untuk keluar dari
kurungan berkenaan.
Selepas
beberapa ketika Sofea berjaya diselamatkan oleh Asad. Mereka berjalan dengan
pantas menuju ke dalam hutan ditepi rumah berkenaan. Sofea hanya mengikut
sahaja Asad dari belakang perlahan-lahan. Akhirnya mereka berdua tiba ke kereta
Asad di tepi semak yang agak terlindung. Asad membantu Sofea masuk ke dalam
kereta sebelum dia memandu keluar dari kawasan persembunyiannya menuju ke jalan
besar.
Sebaik
sahaja kereta berkenaan masuk ke jalan besar riak muka Sofea mula kelihatan tenang
berbanding ketika masih dalam kawasan penjahat yang menculiknya.
“Terima
kasih Asad…Sofea terhutang nyawa dengan Asad..” ucap Sofea sambil memandang ke
arah Asad sambil melemparkan senyuman.
“Sudah
tugas Asad menjaga Sofea…lagipun Datuk memang ada suruh Asad jaga keselamatan
Sofea selagi terdaya..” balas Asad pendek sambil matanya menumpukan kepada
pemanduan. Kemudian Asad mengambil sebotol air mineral dan menyerahkan kepada
Sofea yang kelihatan tidak bermaya dan kehabisan tenaga. Mukanya comot dan kelihatan
tidak terurus. Sekejap sahaja Sofea sudah terlena ditempat duduknya selepas
meneguk sedikit air yang diberikan oleh Asad.
Adli
merupakan anak sulung Datuk Halim. Dia mempunyai seorang adik bernama Maria.
Ibu mereka Datin Faridah merupakan surirumah sepenuh masa. Ayahnya iaitu salah
seorang ahli lembaga pengarah Syarikat Cemerlang Venture. Adli seorang yang
kaki perempuan. Kegemarannya adalah berfoya-foya dan menghabiskan masa ke kelab
dan melancong ke seluruh dunia. Hidupnya adalah penuh dengan maksiat dan
kegiatan pelacuran yang didalangi oleh beliau. Walaupun Adli kaki perempuan,
dia sangat menyukai Sofea anak Datuk Hisyam. Baginya Sofea memenuhi segala
kriteria yang disukainya pada seorang wanita. Pesaing terdekatnya adalah Arif
iaitu anak kepada Datuk Murad. Arif merupakan satu-satunya anak Datuk Murad
dengan Datin Suria dan juga seorang doktor. Adli yang mempunyai hubungan intim
dengan kembar Arina dan Arini iaitu anak kepada Datuk Kassim menjadikan kembar
berkenaan pelacur kelas atasan. Kembar berkenaan juga sering keluar
bersama-sama Adli untuk melancong ke luar negara dimana mereka bebas untuk
melakukan apa sahaja yang mereka suka. Anak-anak ketiga-tiga ahli lembaga
pengarah Syarikat Cemerlang Venture iaitu Datuk Halim, Datuk Kassim dan Datuk
Murad memang mempunyai latar belakang yang sangat buruk.
“..Oh
yang doktor tu pun buat hal juga ke Asad?” soalku dengan penuh minat.
“Ya
Shah. Doktor yang buat kerja gugur kandungan gadis..” jawab Asad ringkas.
“Nampaknya
anak-anak ini dah rosak akhlaknya. Patutlah arwah Datuk berhempas pulas untuk
memastikan saham-saham syarikat dikuasai sepenuhnya oleh beliau” tambah abah
pula.
“Betul
tu abang Man..kalau tidak habislah syarikat ini. Tapi saya ada dengar Datuk
Halim bertengkar dengan arwah Datuk suatu masa dahulu disebabkan keengganan
arwah Datuk untuk menjual sedikit syer saham kepada beliau atas faktor beliau
yang mula-mula membentuk syarikat ini pada mulanya” sambung Asad lagi.
“Sofea
kini menjadi waris tunggal saham yang besar dan ada yang dengki dengan dia
mengikut teori saya..” komenku kepada Asad dan abah.
Mereka
berdua menganggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan aku.
“Ancaman
terbesar Sofea adalah dari Adli dan Arif…” kataku spontan.
“Ya
benar…dan saya pasti salah seorang dari mereka ada menggunakan ilmu hitam untuk
mendapatkan Sofea..” ulas Asad lagi.
“Kalau
begitu, Sofea dalam bahaya…” balas abah pula.
“Ya
abah, cuma kita perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan…” ucapku ringkas.
“Asad,
sekarang ini siapa yang mempunyai kuasa penuh terhadap syarikat?” soal abah
kepada Asad.
“Sofealah
abang Man…dia bos besar kat sini…” jawab Asad ringkas.
Abah
mengganggukkan kepalanya.
Asad
terus menyambung ceritanya.
Datuk
Murad dan Datuk Kassim juga ada berjumpa dengan Datuk Hisyam untuk membeli syer
syarikat tetapi Datuk Hisyam tidak bersetuju kerana dia tahu kedua-dua rakan
bisnesnya cuba menikam dia dari belakang dengan beberapa rancangan yang disyaki
didalangi oleh mereka untuk menjatuhkan syarikat. Mujur ada anaknya Sofea yang
bijak mengesan permainan mereka semua sebelum kejadian berkenaan memusnahkan
syarikat.
“Kalau
syarikat dah rugi, bukankah tindakan itu akan menyusahkan mereka juga?” soalku
kepada Asad.
“Betul
Shah, tetapi yang paling mereka kehendaki adalah harga saham syarikat jatuh dan
mereka boleh beli dan kuasai syarikat…” balas Asad.
“Oh
begitu…” jawabku semula.
Sofea
telah melaporkan perkara tersebut kepada ayahnya dan Datuk telah memanggil
kesemua rakan bisnes dan melaungkan amaran supaya tidak cuba melakukan perkara
sedemikian dimasa akan datang. Sekiranya mereka melakukan lagi, Datuk akan
membuat laporan polis untuk siasatan terperinci dijalankan. Mereka meminta maaf
kepada Datuk tetapi mereka tidak bersungguh-sungguh dengan janji mereka kepada
Datuk kerana mereka masih lagi cuba untuk menjatuhkan Datuk. Yang paling
terkesan dengan teguran dan amaran Datuk adalah Datuk Murad. Semua orang tahu
Datuk Murad lebih teruk perangai kaki perempuannya dari anaknya sendiri. Kalau
tidak masakan perempuan yang mengandung hasil perbuatan dia diarahnya untuk
menggugurkan kandungan dengan menggunakan perkhidmatan anaknya iaitu Doktor
Arif. Doktor Arif sedia maklum dengan perbuatan ayahnya tetapi dia
merahsiakannya dari pengetahuan ibunya iaitu Datin Suria. Dalam waktu yang
sama, Datin Suria pun curang dengan suaminya Datuk Murad.
“Mana
Asad tahu semua maklumat ini?” soal abah tiba-tiba.
“Sofea
ada mengupah penyiasat persendirian untuk mendapatkan semua maklumat-maklumat
ini untuk dijadikan asas kepada bukti-bukti sedia ada yang menjurus kepada
salah laku dan penyelewengan dalam syarikat yang dilakukan oleh bisnes
partner ayahnya…” jelas Asad kepada abah dengan ringkas.
“Kalau
macam tu, cukuplah dulu sampai sini Asad…” ucap abah kepada Asad.
“Baiklah
abang Man..” balas Asad.
“Jaga
keselamatan kamu baik-baik..” pesan abah serius.
“Kalau
ada apa-apa cepat-cepat bagitau ya…” aku pula berpesan kepada Asad sebelum
melangkah keluar dari biliknya beserta dengan abah juga.
“Sebenarnya
Abang Sulaiman, kami sekeluarga ada masalah besar” Datin Nina memulakan bicara.
“Masalah
besar macam mana tu?” soal abah pula sambil meneguk air minumannya yang
dihidangkan oleh pembantu rumah sebentar tadi.
Datin
Nina terdiam seketika. Kemudian dia memandang Sofea yang duduk disebelahnya.
“Pak
cik dan Shah memang pakar dalam bidang menentang makhluk halus kan?” Sofea
memandang ke arah abah dan aku serentak selepas mengajukan soalan tersebut.
Abah
ku lihat menganggukkan kepala.
Aku
hanya tersenyum memandang Sofea.
“Sofea
tidak ada orang lain yang Sofea boleh percaya pakcik…Shah..” dengan nada sedih
Sofea menyambung kata-katanya.
“Perkara
ini melibatkan soal hidup dan mati. Bukan sahaja nyawa manusia tetapi juga masa
depan syarikat Cemerlang Venture ini”
Sofea terus memanjangkan percakapannya.
“Sofea
mengalami apa-apa gangguan ke?” soal abah selepas itu.
“Ya
pak cik. Sofea kadang-kadang tidak pasti samada perkara-perkara yang Sofea
lalui setiap hari semasa gangguan itu adalah realiti atau fantasi” terangnya
lagi.
“Macam
mana rupa makhluk yang Sofea nampak tu?” aku pula mula menyiasat.
“Selalu
gangguan itu pada waktu siang atau malam?” abah pula menambah.
“Dia
mempunyai tubuh yang besar dan tegap. Jarang dapat melihat wajahnya kerana
sentiasa tertutup dan seolah-olah tidak berwajah” jawab Sofea semula.
“Biasanya
gangguan itu datang macam mimpi dan tidak mengira waktu. Kadang-kadang siang
dan ada juga pada waktu malam” Sofea menerangkan kepada aku dan abah dengan
riak wajah yang serius.
“Sejak
bila Cik Sofea mengalami gangguan ini?” tanyaku kepada Sofea.
“Sejak
ayah meninggal dunia…” jawab Sofea.
Aku
memandang ke arah abah. Abah turut sama memandang ke arahku. Kami bertentangan
mata dan seolah-olah ada suatu perhubungan telekinesis diantara kami berdua
selepas Sofea memaklumkan perkara berkenaan. Namun kami ketepikan persoalan
tersebut buat seketika. Aku kembali memandang ke arah Sofea.
“Maaf
saya bertanya, ayah Cik Sofea pernah tak maklumkan perkara-perkara pelik
sebelum beliau meninggal?” lagi soalan ku aju kepada Sofea.
“Shah,
panggil ja Sofea. Tak payah ber cik cik dengan dia” celah Makcik Nina sambil
tersenyum kepadaku dan abah.
Aku
hanya mampu tersenyum kambing selepas mendengar ucapan Makcik Nina.
“Ayah
ada cerita mengenai satu perkara sebelum dia meninggal dunia pada Sofea” ucap
Sofea semula.
“Ya
benar apa yang diperkatakan oleh Sofea” Makcik Nina menyokong.
“Apa
yang ayah Sofea perkatakan?” soal abah pula.
“Ayah
cakap ada sesuatu yang pelik di pejabat terutamanya di dalam bilik beliau”
sambung Sofea semula.
“Pelik
yang macam mana tu Cik Sofea…err…Sofea” tanyaku pula tersasul.
Sofea
hanya tersenyum dan kemudian menyambung semula percakapannya.
Dalam
bilik Datuk Hisyam sering kali terbau sesuatu yang tidak menyenangkan pada
sesuatu masa tertentu. Kadang-kadang apabila Datuk bersendirian melakukan
kerjanya ada seseorang yang suka menyentuh bahunya tanpa disedari. Apabila
disiasat ternyata tiada sesiapa yang berada di pejabat pada waktu itu. Ada
sekali tu, pekerja syarikat mendengar seperti ada orang di dalam bilik Datuk
walaupun sebenarnya Datuk diluar kawasan atau pun tiada dipejabat pada waktu
itu. Tetapi peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan adalah apabila Sofea
bertembung dengan Datuk ketika menuju ke ‘pantry’ untuk membuat air. Ayahnya
hanya berjalan terus tanpa menegurnya seolah-olah tidak menyedari kehadirannya.
Dengan erti kata lain, ayahnya berkelakuan aneh dan tidak
seperti biasa dimana beliau merupakan seorang yang sangat peramah. Setelah
pulang ke rumah pada hari tersebut, Sofea ada menyebut perkara itu kepada Datuk
Hisyam tetapi Datuk hanya membulatkan matanya sebesar-besarnya kerana merasa
sangat pelik dengan cerita anaknya Sofea berkenaan perkara tersebut. Menurut
Sofea, pada hari tersebut, ayahnya tiada dipejabat dan telah keluar berjumpa
dengan client penting syarikat di Sabah.
“Itulah
antara perkara-perkara pelik yang berlaku Shah” cerita Sofea dengan ringkas
kepada aku dan abah.
Abah
mengangguk-anggukkan kepala tanda fokus dengan penjelasan Sofea sebentar tadi.
Sesekali, abah memandang ke arah aku. Aku juga memberikan sepenuh perhatian
dengan maklumat-maklumat tersebut.
“Boleh
tak abang pergi melawat bilik Datuk Hisyam esok Nina?” soal abah kepada Makcik
Nina. Makcik Nina menoleh ke arah Sofea.
“Boleh
pakcik, kalau Shah nak pergi sekali pun boleh” balas Sofea sambil memandang ke
arah Makcik Nina semula. Makcik Nina menganggukkan kepala tanda setuju.
Abah
mengukir senyum dan memandang ke arah
aku. Aku turut menganggukkan kepala.
“Ya,
saya pun nak pergi tengok bilik tu” respon aku semula.
§§
“Kita
nak kena pergi rumah Makcik Nina ke abah? soal aku kepada abah setelah dia
melabuhkan punggungnya ke tempat duduk sebelah pemandu.
“Tak
perlu, abah dah ada lokasi pejabat tu. Semalam Makcik Nina dah share
dengan abah dalam WhatsApp” terang abah ringkas.
Kami
terus bergerak ke destinasi yang diberikan oleh Makcik Nina kepada abah
semalam. Biarpun agak jauh dari rumah, kami bersedia untuk menghadapi segala
kemungkinan.
“Kenapa
abang tak nak tumpang tidur rumah Makcik semalam?” tiba-tiba abah bersuara.
“Bukan
tak mau abah, tapi abang segan lah. Sofea ada kat rumah tu..” jawabku pendek
sambil mata menumpukan ke arah pemanduan.
“Kenapa
dengan Sofea?” soal abah lagi.
“Ya
Sofea la abah…” respon aku semula.
“Ya
lah, abah tanya kenapa dengan Sofea?” balas abah pula.
Aku
hanya ketawa kecil tanpa menjawab soalan abah. Aku terus memandang ke depan dan
sesekali memandang ke arah abah. Aku lihat dia tersenyum sambil
menggeleng-gelengkan kepala.
Aku
faham riak wajah itu. Abah pasti akan bertanya lagi.
Kami
terus menuju ke tempat yang dikatakan pejabat syarikat Cemerlang Venture yang
terletak di Kuala Lumpur. Jikalau melihat kepada E.T.A (Estimated Time Arrival)
dalam tiga jam kami akan tiba ke destinasi. Biasanya kalau perjalanan jauh
sebegini, abah akan terlena ditempat duduk dia. Seperti yang ku jangkakan,
apabila aku menoleh sekali lagi ke arah abah, dia sudah pun memejamkan matanya.
Aku kembali teringat perbualan semalam.
“Abang
Sulaiman dan Shah tidur la disini. Nanti
esok boleh terus pergi pejabat dengan Sofea” jemput Makcik Nina kepada kami
untuk bermalam dirumahnya.
“Abang
setuju ja tapi kena tanya si Shah ni…macam mana?” balas abah sambil memandang
ke arah aku.
“Takpa
la aunty,
saya rasa biar kami balik dulu ke rumah. Nanti esok kami akan terus gerak ke
pejabat syarikat. Lagipun saya ada barang yang saya tak sempat bawak
untuk persediaan ke pejabat syarikat tu. Kita tak tahu apa yang kita akan
hadapi” jawabku dengan serius.
“Oh
begitu, rumah ni ada banyak bilik kosong untuk tetamu. Shah dan pakcik tak
perlu kongsi bilik” pujuk Sofea pula sambil tersenyum. Kemudian dia memandang
ke arah ibunya yang turut menganggukkan kepala tanda setuju dengan pernyataan
Sofea.
Abah
turut tersenyum mendengar kata-kata Sofea yang cantik manis. Sememangnya
mana-mana lelaki akan cair melihat raut wajahnya.
“Bukan
sebab tak perlu kongsi bilik yang menjadi masalah. Cumanya saya perlu mengambil
beberapa barang untuk persediaan menghadapi segala kemungkinan. Mungkin lain
kali kita kan terima jemputan Sofea ni” terang ku semula kepada Sofea dan
Makcik Nina.
Sofea
dan Makcik Nina tersenyum dan menganggukkan kepala.
Aku
dan abah memohon untuk minta diri dan berjanji akan datang esok ke pejabat
syarikat Sofea dengan seberapa segera.
“Boleh
tak Sofea minta nombor telefon Shah?” tiba-tiba Sofea bersuara selepas aku dan
abah melangkah keluar pintu.
Abah
terus menyebut nombor telefon aku dan melihat Sofea merekodkan nombor tersebut
dalam telefonnya. Aku jadi terpinga-pinga dan memandang wajah abah dengan
perasaan terkejut kerana tindakannya memberikan nombor telefon aku kepada
Sofea.
Aku
dan abah masuk ke dalam kereta dan terus beredar dari rumah Makcik Nina untuk
pulang ke rumah abah.
Tiba-tiba
aku dikejutkan dengan arahan dari aplikasi navigasi yang memaklumkan bahawa aku
sudah sampai ke destinasi yang dituju.
“Dah
sampai dah…” ucap abah kepada ku.
Abah
segera mencapai telefon dan membuat panggilan ke seseorang.
“Hello,
assalammualaikum Sofea, pakcik dan Shah dah sampai. Nak parking kat mana ni? “
soal abah kepada Sofea yang berada dalam talian.
“Ok
baiklah. Terima kasih Sofea. Assalammualaikum..” ucap abah semula sebelum
mengakhiri panggilan telefon.
“Nak
parking
mana abah?” soal ku pula.
“Sofea
cakap lalu kat depan foyer tu, tanya dengan pengawal
keselamatan yang bertugas. Dia akan bantu kita” jawab abah ringkas.
Aku
terus memandu menuju ke tempat yang diarahkan dan seorang pengawal keselamatan
melambai-lambaikan tangan dan memberi arahan agar kenderaan kami diletakkan di
lokasi khas yang telah disediakan.
Aku
dan abah keluar dari kereta dan mengucapkan terima kasih kepada pengawal
tersebut sambil bertanyakan lokasi pejabat Sofea di bangunan berkenaan. Setelah
memperolehi maklumat tersebut, aku dan abah bergegas ke pejabat Sofea di
tingkat paling atas bangunan.
Kami
didatangi oleh seorang lelaki di lobi pejabat.
“Encik
Sulaiman?” tanya beliau kepada abah. Kemudian dia menegur aku pula. Kami berdua
menganggukkan kepala kepada beliau.
“Saya
Asad. Saya difahamkan Cik Sofea sedang menanti kedatangan tuan-tuan berdua”
terangnya kepada aku dan abah. Abah tersenyum dan menganggukkan kepala. Kami
semua bersalaman dan dibawa menuju ke lif untuk naik ke tingkat atas. Kelihatan
pegawai yang bertugas di kawasan lobi itu sangat mengenali Encik Asad kerana
hampir kesemuanya menegur dan mengucapkan selamat pagi kepada beliau.
Kami
bertiga menaiki lif untuk menuju ke tingkat atas. Aku dapat lihat Encik Asad
menekan butang tingkat 41 di panel suis lif. Lif bergerak laju sehingga tidak
terasa kami semua sudah tiba ke tingkat tersebut.
Selepas
menekan beberapa nombor kod dipanel sebelah kanan pintu kaca untuk memasuki
pejabat, kami dijemput masuk oleh Encik Asad dan dibawa ke bilik mesyuarat yang
sudah tersedia makanan dan minuman. Kami dijemput duduk dan makan pada waktu
yang sama. Oleh kerana perut yang sudah lapar, aku dan abah terus duduk dan
menjamah makanan yang disediakan diatas meja.
“Asad
dah lama kerja disini?” soal abah memecah kesunyian selepas masing-masing
khusyuk menikmati juadah.
“Lama
la juga tuan Sulaiman, sejak Datuk membuka perniagaan ini” jawab Asad.
“Eh,
janganlah panggil saya tuan, panggil Abang Man pun okay ja” jawab abah jujur
sambil tersenyum.
“Oh…maafkan
saya Abang Man” balas Asad.
“Takpa
Asad…” respon abah ringkas.
“Saya
difahamkan oleh Cik Sofea, Abang Man dengan Shah datang hari ni untuk melawat
bilik Datuk ya?” soal Asad kepada kami berdua.
“Ya
benar…Asad ada apa-apa pengalaman yang boleh dikongsi berkenaan bilik
tersebut?” soal abah pula.
Asad
menggelengkan kepalanya.
“Hai…assalammualaikum
semua…” sapa Sofea yang tiba-tiba muncul di depan pintu bilik mesyuarat
tersebut.
Kami
semua menjawab salam Sofea hampir serentak. Abah menjemput Sofea untuk turut
menikmati juadah. Sofea mengambil tempat duduk di sebelah aku. Jelingannya
beserta senyumannya sudah cukup aku faham maksudnya. Kemudian abah berdehem
kecil. Cepat-cepat Sofea membetulkan duduknya dan menjamah kuih yang ada di
atas meja.
“Asad
akan bantu pakcik dan Shah hari ini. Kalau tak cukup masa hari ni, maybe
esok boleh datang lagi..” ucap Sofea.
Asad
menganggukkan kepala.
“Pakcik
akan cuba selesaikan seberapa segera yang boleh Sofea” ucap abah pula.
“..kan
bang…” sambung abah lagi sambil memandang ke arah aku.
“Ya
abah..” jawabku perlahan sambil tersenyum.
“Terima
kasih pakcik dan Shah kerana sudi membantu Sofea…” ucap Sofea dengan nada
gembira.
“Perkara
kecil ja ni Sofea…lagipun pakcik kenal ibu kamu lama dah…sebelum dia kahwin
lagi…” jelas abah kepada Sofea.
“Itulah
ibu ada cakap dengan Sofea pasal pakcik dan Shah…jadi Sofea usaha untuk hubungi
pakcik dan Shah melalui ibu…tengok kalau-kalau kami ni boleh dibantu…” komen
Sofea panjang lebar dengan nada sedih.
“Insya
Allah…sekiranya diizinkan Allah…pakcik dan Shah akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk bantu selagi ada daya kami…halangan besar atau kecil,
kita akan cuba harungi…” balas abah semula dengan nada memujuk.
Sofea
tersenyum mendengar kata-kata abah. Aku juga lega melihat riak wajah Sofea.
Tapi aku rasa ada sesuatu yang jahat di dalam bilik Datuk. Aku
dapat rasakan yang kali ini bukan biasa-biasa. Ada kemungkinan
halangan yang sangat sulit dan besar menanti aku dan abah.
“Hello,
assalamualaikum cik Kiah” ucap Kamal perlahan ditelefonnya.
“Waalaikumsalam,
siapa ya? Nama tak keluar dalam telefon saya…” soal suara dihujung talian.
“Saya
Kamal” balas Kamal pendek.
“Ohh..Kamal.
Lama tak dengar berita. Abang Yim pun lama juga tak telefon akak..” terang
Rokiah pendek.
“Oh
ye ke” Kamal menjawab dengan nada terkejut.
“Ya
Kamal. Akak pun tak tahu apa khabarnya Abang Yim. Minggu lepas dia ada telefon
bagitahu yang dia tak dapat balik kampung sebab ada urusan penting..” sayu
suara Rokiah menjawab respon Kamal.
“Okay
kak, macam ni. Saya ada berita nak maklum pada akak. Terlebih dulu saya mohon
maaf banyak-banyak..” ucap Kamal dalam nada sedih.
“Kenapa
Kamal?” soal Rokiah dalam nada terkejut.
Kamal
memberitahu berita kematian Rahim kepada isterinya yang bernama Rokiah. Dia
terpaksa menceritakan sedikit sebanyak beberapa kejadian yang berlaku sebelum
arwah meninggal dunia semalam. Dia juga telah menguruskan penghantaran jenazah
untuk dibawa pulang ke kampung arwah di utara semenanjung. Jenazah dijangka
tiba selewat-lewatnya jam sepuluh malam nanti.
Isteri
Rahim menangis teresak-esak mendengar berita yang disampaikan oleh Kamal.
Rokiah tidak dapat menahan sedih dan hibanya kerana suaminya meninggalkannya
tanpa sebarang berita. Dia hanya berserah kepada Allah swt atas perkara yang
menimpa keluarga mereka.
§§
“Encik
Kamal, pihak syarikat ada menjalankan derma kilat untuk arwah Encik Rahim” ucap
Asad sewaktu menyerahkan sampul bersaiz A4 kepada Kamal.
“Baik
Encik Asad. Terima kasih saya ucapkan bagi pihak keluarga arwah. Saya akan
sampaikan kepada isteri arwah” jawab Kamal.
“Saya
mohon pelepasan awal Encik Asad untuk bantu keluarga arwah menguruskan jenazah
Rahim” balas Kamal lagi.
“Baiklah
Encik Kamal” angguk Asad.
§§
Asad
memandu pulang seperti biasa pada hari ini. Dia sudah menguruskan urusan
kematian Rahim. Dia mengarahkan pemandu syarikat untuk membawa Kamal pulang ke
kampung Rahim bagi menguruskan urusan jenazah dan pengkebumian arwah. Dia juga
mengarahkan agar sedikit bantuan barangan runcit disediakan kepada keluarga
waris dan juga kutipan derma kilat dapat diserahkan kelak.
“Nasib
baik Sofea bagi tahu aku pagi tadi, kalau tidak aku pun tak baca berita dalam
suratkhabar tu dan tiada siapa yang perasan musibah yang menimpa Rahim” bisik
hati kecilnya.
“Sofea
cuti lagi sampai minggu depan. Balik kampung juga katanya. Tapi kenapa ya
agaknya” Asad tertanya-tanya di dalam hati punca Sofea, anak Datuk Hisyam dan
Datin Nina, iaitu tuan punya syarikat Cemerlang Venture bercuti panjang
dikampung.
“Ala,
nanti Sofea balik nanti dia mesti cerita dengan aku…” Asad tersenyum sendirian
sambil meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya.
Asad
tiba-tiba terpandang seorang budak berdiri di tengah jalan. Dia terkejut dan
mengelak keretanya dari terlanggar budak tersebut. Dia berusaha keras untuk
mengawal kenderaan yang dipandunya dengan seberapa pantas sebelum ia hampir
melanggar tiang lampu jalan. Kelihatan asap kecil keluar dari tayar kereta yang
diberhentikan dengan cemas ditepi jalan menghadap tiang lampu yang hampir
dirempuh pemandunya.
Asad
mengangkat kepalanya dan melihat ke cermin pandang belakang. Dia membetulkan
cermin berkenaan agar dapat melihat dengan lebih jelas apa yang berlaku
dibelakang kenderaannya. Tiada apa yang dapat dilihat. Dia melihat jam di dashboard
keretanya. Waktu menunjukkan jam 6.06 petang. Asad memegang lehernya yang
sedikit sakit akibat kemalangan ini. Dia membuka tali pinggang keledar dan
membuka pintu kereta.
Asad
turun dari kereta dan menutup pintu kereta. Dia melihat sekeliling lokasi dia ditimpa
kemalangan ini. Asad tidak dapat mengecam lokasinya. Namun yang demikian, dia
berjalan ke arah belakang untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku sebentar
tadi. Dia mahu mengetahui nasib budak yang hampir dilanggarnya dengan segera.
Sekiranya budak tersebut tercedera dia harus membantu untuk membaca budak itu
ke hospital.
Asad
sampai ke belakang keretanya. Dia melihat ke jalan raya dan terlihat kesan
tayar keretanya yang melakukan perberhentian kecemasan.
Asad
tidak melihat kelibat budak itu. Dia memandang sekeliling dan gagal untuk
mengesan sesiapa di kawasan itu. Dia berjalan terus sambil matanya
mengeksplorasi kawasan disekitar dimana dia ternampak seorang budak yang
berdiri ditengah-tengah jalan sebentar tadi.
Kini
Asad berdiri ditengah jalan. Dia memandang tepat ke arah keretanya yang berada
kira-kira 15 kaki dari tempat dia berdiri sekarang. Disinilah kesan tayarnya
bermula. Ia jelas dapat dilihat di atas jalan tersebut. Namun yang menjadi
misteri sekarang adalah keberadaan budak yang dilihatnya tadi. Budak itu
seolah-olah lesap ditelan angin.
Asad
merasakan seseorang menyentuh bahunya. Dia menoleh ke belakang dengan
serta-merta. Tiada sesiapa yang dapat dilihat ditambah pula tiada langsung
kenderaan yang melalui jalan ini pada waktu ini. Kemudian dia terlihat sesuatu
yang sedang bergerak ke arahnya. Makhluk itu tidak menyerupai manusia langsung
tetapi mempunyai dua kaki yang sangat panjang dan ketinggian lebih kurang 3-4
meter. Makhluk itu berjalan dengan pantas sebelum tiba-tiba mengorak langkah
berlari ke arah tempat Asad sedang berdiri sekarang.
Asad
berundur ke belakang sedikit secara perlahan-lahan. Dia kini semakin laju
berundur dan akhirnya dia berlari ke arah keretanya. Dia memasuki kereta dengan
pantas dan cuba untuk menghidupkan enjin kereta. Namun, enjin kereta tidak mahu
hidup dan berbunyi lemah. Asad tidak putus asa, dia melihat ke arah cermin
pandang belakang sekali lagi untuk mengagak kedudukan makhluk tadi. Dia tidak
melihat sesiapa dibelakang. Tiada makhluk tadi yang dilihat seolah-olah
mengejarnya. Keadaan menjadi sedikit aneh dengan situasi yang berlaku sekarang.
Asad
kembali memandang ke arah cermin depan. Tiba-tiba ada seorang lelaki duduk di
kerusi sebelah penumpang. Asad beristighfar kerana agak terkejut dengan
kehadiran lelaki misteri itu.
“Siapa
kau?” tanya Asad.
“Siapa
aku tidak penting Asad” jawab lelaki itu.
“Bagaimana
kau boleh masuk ke dalam kereta aku?” tanya Asad lagi sambil bersikap berani.
Dia sempat menjeling jari lelaki itu yang mempunyai kuku-kuku yang panjang-panjang
setiap satunya.
Lelaki
itu menjeling ke arah Asad. Kemudian dia memandang semula ke hadapan.
“Usah
kau tanya perkara itu” jawab lelaki itu lagi.
“Apa
yang kau nak hah?” soal Asad.
“Bagus
soalan kau Asad” puji lelaki berkenaan.
“Aku
tak kenal kau, bagaimana kau tahu nama aku hah” gertak Asad pula kepada lelaki
itu.
“Aku
tahu semua pasal kau Asad” ucap lelaki misteri itu.
Asad
terdiam apabila mendengar ucapan lelaki tersebut. Dia mula rasa nyawanya agak
terancam ketika ini.
“Kau
jangan risau Asad. Aku hanya mahu kau sampaikan pesanan aku kepada cik Sofea
kita…” ucap lelaki itu lagi.
Asad
rasa berderau darahnya apabila mendengar pesanan lelaki itu. Dari mana pula dia
boleh kenal dengan cik Sofea. Selama ini pun tidak pernah cik Sofea menyebut tentang
lelaki ini kepadanya. Terlalu banyak persoalan yang berlegar-legar difikirannya
pada ketika ini.
“Apa
yang kau nak pesan dengan cik Sofea?” soal Asad pula.
Lelaki
itu mendiamkan diri buat seketika. Kereta itu seakan bergegar-gegar selepas
Asad membuat pertanyaan kepada lelaki misteri tersebut.
“Apa
nama kau? Kalau cik Sofea tanya kepadaku” Asad bertanya lagi.
Tiba-tiba
radio berfungsi sendiri dan siarannya bertukar-tukar secara rawak. Jarum meter
di dashboard
kereta bergerak-gerak umpama jarum jam. Wiper kereta tiba-tiba bergerak
dengan sendirinya. Asad menjadi kaget dengan situasi tersebut.
“Aku
nak kau cakap dengan dia, aku sedang mencarinya sekarang. Budak yang nak tolong
dia tu pun tak mungkin dapat selamatkan dia dari takdirnya. Aku akan sampai
tidak lama lagi.” ugut lelaki misteri tersebut.
Keadaan
menjadi agak pelik kerana semua kebisingan tadi bertukar menjadi senyap sunyi.
Asad semakin tidak faham dengan apa yang terjadi dihadapan matanya sekarang.
Nafasnya turun naik dan bergerak kencang. Ini adalah kerana fungsi-fungsi
elektronik dalam keretanya kembali semula bertindak aneh yang Asad sendiri
tidak dapat menjelaskan dengan tafsiran dari akalnya kepada dirinya sekarang.
Tiba-tiba
segalanya menjadi senyap sepi.
Asad
kembali melihat lelaki tadi disebelahnya. Lelaki tersebut sudah ghaib. Asad
tiba-tiba berpeluh dengan banyaknya. Dia semakin tidak faham dengan peristiwa
yang baru dilaluinya tadi. Asad masih tidak tahu siapa lelaki misteri tersebut.
Dia
memegang butang start enjin kereta dan menekannya. Kereta tersebut berjaya
dihidupkan dengan sekali tekan sahaja.
Asad
tidak berlengah lagi dan terus memecut keretanya untuk pulang ke rumah. Terlalu
banyak perkara yang perlu di beritahu kepada cik Sofea. Dia harus segera sampai
ke rumah!