Saya jual ebook saya di Google Play Book…

Selain di PublishDrive dan Draft2digital, saya juga menggunakan platform Google Play Book untuk memasarkan ebook-ebook terbitan Geinwo Enterprise. Cumanya, Google Play Book sangat ‘strict’ tentang pemasaran ebook menerusi channel mereka dan akaun publisher sangat limited. Walaubagaimanapun, apa yang paling saya suka mengenai pemasaran di Google Play Book adalah saya boleh membayar menggunakan kredit dari telefon saya sahaja, tidak kira anda adalah pengguna Maxis, Digi ataupun sebagainya, anda boleh membayar menggunakan kredit tersebut. Sangat mudah bukan? Tak payah susah-susah nak bayar guna perbankan internet ataupun apa-apa sahaja yang berkaitan dengan akaun bank. Saya sebagai penjual ebook juga senang dengan cara penjualan begini. Menjimatkan masa dan tenaga dan pembeli boleh terus muat turun ebook dan baca dalam handphone sahaja!!

Anda dapat lihat console Google Play Book saya di atas.

Kat bawah ini anda boleh lihat graf penjualan ebook saya pada setiap bulan. Memang tak banyak, lagipun buat secara part time. Ada rezeki adalah jualan, yang penting berterusan bukan. Buat pengetahuan anda, keuntungan anda dibayar dalam dollar (USD). Kalau dapat USD10 dollar, dekat-dekat RM40 boleh dapat dalam akaun bank anda pada setiap 15hb.

Apa tunggu lagi, JOM buat ebook banyak-banyak. Kalau anda ada ebook dan nak tumpang jual kat akaun Google Play Book saya, anda boleh emel atau whatsapp saya ok!..

Click the photo!
Nak buku ni? (USD6.99 PER COPY) Anda boleh buat tempahan untuk pembelian nashkah bercetak pada hari ini. Sila dapatkan maklumat lanjut melalui 01120898979 ataupun geinwo@gmail.com
Nak buku ni? (USD11.99 PER COPY) Anda boleh buat tempahan untuk pembelian nashkah bercetak pada hari ini. Sila dapatkan maklumat lanjut melalui 01120898979 ataupun geinwo@gmail.com

Semoga bermanfaat.


 3,092 total views

Saya jual ebook saya di Draft2digital

KREDIT TO : SEAN DOLLWET
MY AFFILIATE LINK : PLEASE CLICK LINK BELOW
https://www.draft2digital.com/r/oRl9MY

Saya juga menggunakan platform ini iaitu Draft2digital untuk memasarkan ebook yang saya telah hasilkan. Pendaftaran adalah percuma dan seperti biasa, apa yang diperlukan adalah ebook yang telah siap untuk diupload ke laman web ini. Draft2digital.

Jangan berlengah lagi, tunjukkan bakat anda dalam bidang penulisan dan dapatkan pendapatan sampingan dengan menghasilkan ebook anda sendiri! Jom daftar! Draft2digital!!

 848 total views

Saya jual ebook saya kat PublishDrive

KREDIT TO : SELF-PUBLISHING WITH DALE
My Affiliate link : Please Click link below
https://admin.publishdrive.com/registration/aff/geinwoenterprise

Untuk pengetahuan anda, pendaftaran adalah PERCUMA! Tiada yuran tersembunyi dan apa yang anda perlukan adalah ebook yang sudah siap untuk dijual melalui platform PublishDrive!

Apa tunggu lagi? Jom buat duit dengan hasil penulisan ebook anda ke peringkat global. Jual buku anda ke seluruh dunia.

My Affiliate link : Please Click link below

https://admin.publishdrive.com/registration/aff/geinwoenterprise

 766 total views

Bagaimana nak jual ebook?

Rasanya ramai orang kat luar sana yang nak jadi seorang penulis buku. Buku pun dah banyak ditulis tapi tak tahu nak buat apa dan nak bawa ke mana? Panduan Ebook banyak di pasaran. Boleh je beli tapi kita ni jenis yang tak mampu dan tak berani nak buat pelaburan ke arah itu. Nak tak nak, minta tolong pak cik google. Mula la search cari sesuatu yang berkaitan dengan tajuk nak jual ebook kat mana? Laku ke? Boleh dapat pendapatan sampingan hanya dengan menjual ebook di internet? 

Masih juga tak jumpa apa yang sesuai dengan diri dan yang dicari. Saya pun macam anda suatu masa dulu dan akibat belajar dengan teknik yang menyusahkan diri dan tak mau belajar dengan orang, inilah yang saya kena hadap, hadam dan telan. 

Minat sangat menulis sampai dah naik jemu asyik mengadap blog ja, kadang-kadang nak juga tengok tajuk yang ditulis itu berbentuk macam buku tapi sentiasa terfikir ke mana nak bawa pula cerita tu?? Nak jual ke atau sekadar nak memuaskan hati bila tengok kita dah ada buku sendiri yang kita tulis sendiri dan kita hasilkan sendiri? wahh! Hebat…

Selepas tu nak bagi sapa baca? Apa kandungan buku yang kita tulis? Adakah dapat membantu orang lain atau sekadar hiburan semata-mata. Mungkin kita letak tajuk suamiku encik nerd, isteriku untuk dipinjamkan, adik ku alien dan macam-macam lagi. Apa sahaja idea yang ada, kita terjemahkan dalam bentuk penulisan, mula-mula di blog…kemudian di forum-forum, kemudian arah itu terpusing melihat bagaimana penulis lain boleh hidup memperolehi pendapatan hasil cerita yang mereka tulis. Hati mula berkobar-kobar nak tahu. Nak pergi mana nak dapatkan info itu? Peninglah kalau asyik tanya pak cik google…takde orang lain boleh bantu ke?

Saya dah rasa semua tu kawan-kawan. Pening. Tanya orang pun kena tanya orang yang betul takut diambil kesempatan pula ke atas kita. Maka saya mulalah mencari ilmu-ilmu di bantu oleh pak cik google saya. Lama saya berkelana di internet. Saya memilih untuk menggunakan laluan sukar dan berliku kerana saya percaya jalan ini akan mengajar saya lebih banyak perkara berbanding jalan-jalan yang lain. Maka saya sudah menghampiri misi saya untuk menjadi penulis dan bertekad untuk mendapatkan pendapatan dalam bidang ini yang mungkin sudah ramai yang berjaya dan mungkin juga ada yang macam saya.

Perkara pertama selepas dah tulis satu cerita, eloklah kita daftarkan hasil kerja kita itu. Kat mana? kat sini ya kawan-kawan; http://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/26

Okay, kawan-kawan baca dulu isi kandungan di Perpustakaan Negara Malaysia tu…nanti kita sambung lagi…

Okay, kawan-kawan baca dulu isi kandungan di Perpustakaan Negara Malaysia tu…nanti kita sambung lagi…

credit to : https://panduanmenjualebook.blogspot.com/

 592 total views,  1 views today

Cerita Berlawan Dengan Syaitan part 2

Ini merupakan buku siri berlawan dengan syaitan kedua yang ditulis oleh saya. Buku ini mempunyai watak kesinambungan dari berlawan dengan syaitan part 1. Namun yang demikian, jalan ceritanya agak berbeza dengan jilid yang terdahulu. Boleh didapati di Google Play Book dan Shopee, buku ini menampikan kelainan dari segi penceritaan dan susur atur watak yang diperkenalkan dalam cerita ini.

Saya cuba memberikan yang terbaik kepada pembaca cerita ini dan mengharapkan kepuasan yang maksimum kerana jika berbanding dengan siri 1, siri 2 kali ini lebih mencabar jalan ceritanya. Agak sukar untuk menyiapkan cerita ini kerana kekangan masa dan sebagainya. Alhamdulillah, setelah hampir setahun, buku ini berjaya disiapkan dan dijual dan diterbitkan oleh Geinwo Enterprise dalam bentuk digital.

 602 total views,  1 views today

Pengenalan ebook Senangnya buat duit…

Buku senangnya buat duit bukanlah satu buku panduan untuk jadi kaya atau short cut untuk dapat banyak duit atau buat duit. Tiada kejayaan tanpa usaha yang berterusan dari anda sendiri. Tiada rezeki tanpa izin tuhan.

Buku ini saya tulis dengan disertai satu akaun PERCUMA untuk anda akses sistem atas talian (online system) yang saya reka bagi membantu anda memahami isi kandungan buku ini dengan lebih mendalam dan jelas. Sistem itu boleh diakses di :

http://rahsiapotensidiri.geinwo.com

username : demo

password : demo

LevelID : DEMO

Buku ini sangat bermanfaat sekiranya anda memerlukan satu ilmu atau maklumat untuk mengetahui potensi diri anda. Mungkin anda ingin menjadi seorang tukang masak, tetapi mungkin potensi diri anda tidak dapat dimaksimumkan kecuali anda memilih untuk menjadi seorang peguam atau doktor dan sebagainya. Dalam buku ini anda akan dapat jawapannya.

 577 total views

Pengenalan : Cerita Berlawan Dengan Syaitan

Pengenalan

Bismillahirahmanirrahim.

Assalammualaikum w.b.t kepada pembaca budiman. Alhamdulillah saya ucapkan kepada Allah s.w.t kerana mengizinkan saya menulis sebuah buku cerita seram buat kali pertama dalam hidup saya. Ini semua ketentuan dariNya jua.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang membeli buku cerita seram ini. Sokongan anda amat saya hargai kerana tanpa anda semua siapa saya didalam dunia penulisan ini. Saya berharap hasil tulisan saya ini akan memberikan kepuasan kepada anda yang meminati cerita-cerita genre seram / misteri.

“Berlawan dengan syaitan” merupakan karya sulung saya dalam genre seram/misteri yang berkisar kepada watak utama Shah Iskandar yang mempunyai kepandaian dan ilmu dalam bidang paranormal yang sering kali disebut oleh masyarakat berkaitan dengan kejadian-kejadian aneh dan luarbiasa yang berlaku di dalam masyarakat itu sendiri.

Syaitan dan Jin merupakan musuh utama manusia di dunia kerana kebinasaan dan kehancuran yang mereka wujudkan dalam masyarakat secara amnya.

Ada sesetengah manusia tidak dapat menerima kebahagian manusia lain dan manusia jenis ini sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan nafsunya dan mendapatkan bantuan makhluk selain dari Allah untuk menjayakan niatnya.

Watak Alisha dalam cerita ini merupakan anak buah kepada Shah Iskandar yang di ancam nyawa dan diganggu gugat kebahagiaannya oleh watak Azim anak Dato’ Ramli yang tidak berperikemanusian dan berkawan dengan syaitan.

Manakala watak Hakim merupakan musuh ketat Shah Iskandar dalam cerita ini dimana beliau sanggup mendapatkan bantuan syaitan demi membantu beliau mencapai cita-cita iaitu memusnahkan kehidupan Shah Iskandar.

Watak Dato’ Ramli iaitu ayah kepada Azim merupakan lelaki yang pernah menodai kesucian watak ibu Alisha iaitu Ida pada zaman remajanya di salah sebuah Universiti awam di Malaysia. Dato’ Ramli masih menaruh perasaan terhadap Ida walaupun beliau sendiri sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak tunggal bernama Azim.

Watak Adam merupakan lelaki yang menaruh cinta terhadap watak Alisha tanpa disedari oleh wanita itu. Namun diwaktu yang sama watak Azim juga masih menaruh perasaan untuk memiliki Alisha semula.

Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Adakah keadilan akan terbela? Adakah dendam akan bermaharalela? Adakah cinta akan menyelamatkan mereka? Anda harus membacanya sehingga tamat untuk mengetahui kesudahannya. Selamat terhibur!

Sekian, Shah Iskandar

 526 total views

Biodata Penulis blog/ebook

Bismillahirahmanirrahim.

Saya adalah penulis baru dalam dunia penulisan. Sebelum ini saya hanya menulis di Blog sahaja dan tidak pernah menulis atau pun menjadi penulis jemputan sepertimana sejarah latar belakang penulis-penulis yang lain. Saya menerima pendidikan sehingga ke peringkat ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengurusan. Saya juga mempunyai kelulusan dalam bidang Diploma Komputer Sains dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bidang penulisan merupakan bidang sambilan saya kerana saya masih lagi berjinak-jinak dengan ilmu dalam menulis cerita atau menghasilkan karya kreatif dalam
genre kegemaran saya iaitu seram/misteri dan cinta/romantik. Segala kekurangan dan kekhilafan saya dalam menulis
cerita ini harap dimaafi kerana saya hanya manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan
kesalahan.

Tentu anda semua tertanya-tanya kenapa saya paparkan hasil penulisan saya di blog ini kan? Walhal cerita-cerita tersebut sedang dijual dalam bentuk ebook kepada peminat-peminat cerita mengikut genre masing-masing. Ini adalah kerana saya percaya “free marketing” lebih menguntungkan tanpa saya perlu mengeluarkan belanja promosi. Ditambah lagi, secara tidak langsung anda akan menjadi pengunjung tetap ke blog saya pada setiap hari. Jika anda bersabar anda akan menjadi pengikut saya yang setia pada setiap hari untuk membaca sambungan cerita yang saya tulis. Mungkin juga ada di kalangan anda yang tidak berapa nak sabar dan membeli ebook cerita yang sedang dipaparkan di blog saya yang serba kekurangan ini. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan anda samada yang sedia untuk mengeluarkan wang bagi mendapatkan karya saya ataupun anda yang rajin melawat blog saya untuk membaca karya hasil tulisan saya. Kepada anda yang mungkin mempunyai minat yang sama seperti saya, saya sedia dihubungi oleh anda untuk mendapatkan panduan ataupun berkongsi-kongsi pandangan dan cadangan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Jangan tunggu sampai esok sekiranya anda perlu untuk menghubungi saya. Emel dan nombor telefon saya ada dinyatakan dibawah profile pic saya.

Sesungguhnya yang baik dan sempurna itu hanya dari Allah swt dan yang tidak sempurna itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Wassalam wbt.

Sekian,

Shah Iskandar

https://play.google.com/store/books/details/Shah_Iskandar_Berlawan_Dengan_Syaitan_3?id=lRlvDwAAQBAJ

 1,423 total views