• Berlawan Dengan Syaitan II: Pembalasan Azazil

Siri 2 ini mengisahkan sambungan pengalaman watak utama Shah Iskandar dan Ayahnya dalam menentang kejahatan yang semakin berleluasa. Kali ini musuh mereka bukan calang-calang musuh. Azazil menjadi watak jahat yang merupakan perantara kepada segala kejahatan di dalam cerita kali ini. 

Shah dan abahnya kembali dalam pengembaraan mistik menentang syaitan. Kali ini mereka diperlukan oleh saudara mereka Nina yang tinggal bersama Sofea selepas kematian Datuk Hisyam yang sangat misteri. Musuh Shah pada kali ini adalah Azazil yang merupakan syaitan yang bertanggungjawab memporak-perandakan kepercayaan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat Cemerlang Venture yang diterajui oleh Datuk Hisyam. Datuk Halim, Datuk Kassim dan Datuk Murad berganding bahu untuk menguasai syarikat yang ditinggalkan oleh Datuk Hisyam. Namun, Sofea iaitu anak tunggal Datuk Hisyam berjuang habis-habisan menentang kejahatan yang cuba menular didalam syarikat dengan bantuan Shah dan abahnya. Orang kanan Sofea iaitu Asad berganding untuk mempertahankan benteng syarikat yang terakhir dari serangan mistik mereka yang cuba mengambil alih tampuk pemerintahan.


Anak Datuk Halim iaitu Adli dan Maria masing-masing mempunyai agenda yang tersendiri. Adli ingin memiliki Sofea manakala Maria mencemburui Sofea sejak mereka melanjutkan pelajaran di Universiti lagi. Sofea pelajar yang cemerlang dan tiada tandingnya di Universiti dan ini menyebabkan Maria mempunyai rancangan jahat untuk menamatkan riwayat Sofea yang sangat dibencinya.


Datuk Kassim mempunyai agenda untuk menjadi pemilik utama syarikat Cemerlang Venture tanpa pengetahuan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain. Anaknya si kembar Arina dan Arini mempunyai misi untuk membunuh Asad iaitu orang kanan Sofea kerana sikap Asad yang tidak mahu melayan perasaan mereka terhadap lelaki berkenaan. Kedua-duanya mempunyai perasaan yang sama ke atas lelaki yang sama.


Sementara itu, Datuk Murad seorang yang kaki perempuan dan dia tidak mengira siapa sahaja yang disukainya dan dia akan dapatkannya walaupun wanita itu adalah isteri kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat juga. Dia mempunyai hubungan sulit dengan Datin Faridah dan Datin Asmawani yang merupakan isteri kepada Datuk Halim dan Datuk Kassim. Isterinya sendiri iaitu Datin Suria mempunyai hubungan sulit dengan Kamal iaitu salah seorang pekerja syarikat yang selalu menjadi pemandu khas kepada isterinya untuk sebarang tujuan tidak rasmi.


Edriana adalah rakan baik Sofea dan menjadi mangsa kepada Azazil dan Pak Ramlan yang memanipulasi fikiran Adli yang telah membunuhnya tanpa belas kasihan.


Azazil dan Pak Ramlan yang telah mengorbankan Rahim, Maria dan Adli terus mengganas menghasut kesemua watak-watak jahat di atas untuk menghapuskan Sofea yang hanya dilindungi oleh Shah, abahnya dan Asad.


Maria terus memburu Sofea untuk menyempurnakan niat jahatnya dengan bantuan Pak Ramlan dan Azazil.


Sofea selaku watak utama ini berjuang sehingga ke akhir bersama Shah dan abahnya untuk mempertahankan haknya dan menentang kebatilan. Dalam proses itu Sofea kehilangan sahabatnya dan juga orang kanannya. Selain itu, abah Shah Iskandar tercedera teruk dalam misi mereka kali ini. Adakah kebenaran kan ditegakkan? Adakah keadilan akan tercipta? Dapatkan nashkah anda hari ini untuk mengetahui kesudahan cerita ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha

Berlawan Dengan Syaitan II: Pembalasan Azazil

  • $3.99

  • Ex Tax: $3.99

Related Products

Bagaimana Saya Menjalankan Perniagaan E-Book Dan Perolehi Pendapatan Dalam Masa 7 Hari

Bagaimana Saya Menjalankan Perniagaan E-Book Dan Perolehi Pendapatan Dalam Masa 7 Hari

Saya rasa ramai orang yang berminat untuk menjadi penulis tetapi bahan rujukan untuk panduan menjadi..

$2.99 Ex Tax: $2.99

Senangnya Buat Duit...

Senangnya Buat Duit...

Buku ini ditulis untuk sesi perkongsian ilmu dan pengalaman penulis pada masa buku ditulis dan pad..

$1.99 Ex Tax: $1.99

Berlawan Dengan Syaitan

Berlawan Dengan Syaitan

“Berlawan dengan syaitan” merupakan karya sulung saya dalam genre seram/misteri yang berkisar kepa..

$1.99 Ex Tax: $1.99

Aaron Belajar Mengira...123

Aaron Belajar Mengira...123

Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t kepada pembaca budiman. Alhamdulillah saya ucapkan..

$0.99 Ex Tax: $0.99

Rahsia 6 Lan Untuk Disukai Ramai Dan Disenangi Oleh Semua…

Rahsia 6 Lan Untuk Disukai Ramai Dan Disenangi Oleh Semua…

Tahukah anda bahawa ada diantara kita menghabiskan wang hampir beratus-ratus ringgit, malah beribu..

$1.99 Ex Tax: $1.99

Panduan Asas MS Excel

Panduan Asas MS Excel

Ramai orang mencari-cari panduan untuk belajar MS Excel dalam bahasa melayu tetapi sukar kerana ku..

$3.99 Ex Tax: $3.99

Tags: Berlawan Dengan Syaitan II: Pembalasan Azazil