Surat untuk Mak (al fatihah 17/09/2004)

Surat untuk Mak (al fatihah 17/09/2004)

Mak, hari ni 16/10/2024 bersamaan hari rabu. Sudah hampir 20 tahun mak meninggalkan kami semua. Untuk pengetahuan mak, saya telah berkahwin dengan wanita yang mak restui sebelum mak pergi buat selamanya. Abah dah kahwin lain lepas mak tiada. Perkahwinan saya kini sudah menjangkau hampir 19 tahun. Anak sulung saya, iaitu cucu sulung mak, dah berusia 18 tahun pada tahun 2024. Sudah menjadi seorang remaja lelaki. Kalau mak nak tahu lagi, ada 2 orang anak saya yang berusia 14 tahun dan 13 tahun. Perempuan dan lelaki. Anak-anak mak yang lain semua sudah berkahwin selepas saya berkahwin. masing masing punyai anak. buat masa ini kedua-dua anak perempuan mak tinggal bersama-sama. atas desakan kewangan abah, rumah yang mak tinggal dulu sudah disewakan kepada orang lain. ahli ahli keluarga mak semua sudah tinggal asing asing di rumah masing masing. ada yang tinggal di cheras, Putrajaya, sungai buloh dan Sentul.

Mak, saya masih belum “move on” sejak dari Tarikh mak meninggalkan kami. cerita abah tentang malam sebelum mak pergi, sangat terkesan dan meninggalkan memori yang tidak berapa indah. abah bagitau dia mimpi malam tu, katanya mak taknak Kembali. betulke tu mak? kalau betul kenapa mak taknak balik semula? apa salah anak-anak mak. Saya cuma dapat tafsir yang mak marah dengan abah pasal perkara yang mak kongsi dengan saya sebelum mak pergi.

Mak, saya hormati segala keputusan mak. cuma banyak menjadi tanda tanya dan menimbulkan kesan emosi secara fizikal dan dalaman. sebab mak la segalanya bagi kami sekeluarga. tapi sebab allah sayang mak lebih dari kami sayang mak, kami redha pemergian mak. walaupun pada mulanya saya tidak dapat menerima kenyataan bahawa mak telah pergi. saya masih ingat saat menyambut jenazah mak dari liang lahad. mata ini bergenang teruk, berlinangan air mata seakan tiada kenal untuk berhenti mengalir dan terus mengalir. saya hujan air mata mak. moral dan emosi saya jatuh teruk dan tiada apa yang dapat difikirkan saat itu. dunia saya seakan sudah musnah dan hancur berkecai. mak la segalanya bagi saya kerana mak la tempat saya mencurahkan segala isi hati ini dan berkongsi suka duka dalam hidup saya.

Mak, saat melihat kubur mak dikambus semula dengan tanah. itulah saat perpisahan paling pedih dalam hidup saya. mak tak bagi peluang kepada saya untuk membalas segala budi dan jasa mak membesarkan saya, melahirkan saya ke dunia ini. putus sudah hubungan antara mak dan anak apabila saya melangkah longlai dari kubur mak.

Mak, damaila kau disana, semoga kau bahagia di alam barzakh. hari ini, saya akan melepaskan mak dari jiwa saya. saya akan bebaskan mak dari diri saya. saya akan tinggalkan memori dan kenangan terindah mak dalam hati. saya faham mak ingin bersendirian dan menanti saya di alam akhirat nanti. saya juga akan menyusul ke alam mak jika zaman saya belum kiamat.

Mak, terima kasih atas segalanya kerana semasa mak pergi saya tidak berkesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal.

Mak, “Ku lepaskan kau pergi mak”….

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply