Refleksi spontan kuliah ustaz pahrol mohamad juoi (SEKOLAH PENULISAN RAMADHAN 2021) oleh Shah Iskandar.

Refleksi spontan kuliah ustaz pahrol mohamad juoi oleh Shah Iskandar.

Saya baru tau untuk menjadi penulis, kena rajin membaca, membaca, membaca, baru mula menulis.

Saya baru tau untuk menjadi penulis, saya kena rajin menulis, bukan setakat pandai menulis.

Saya baru tau bakat menulis hanya 30% daripada keseluruhan skill menulis, 70% lagi datang dari ilmu untuk menulis.

Saya baru tau untuk menulis dengan baik, menulislah dari hati kerana keikhlasan kekal dan lebih mendatangkan kesan mendalam kepada audien kita.

Saya baru tau untuk menjadi penulis kena lenturkan jiwa dan akurkan akal kerana nawaitu itu penting dalam penulisan.

Saya baru tau untuk menjadi penulis, kena belajar melapangkan masa sendiri untuk menulis dan bukan menunggu masa lapang baru hendak menulis.

Saya baru tau, menjadi penulis yang baik tak perlu cipta kelainan kerana setiap penulis itu sudah unik dengan hanya menjadi diri sendiri, barulah kita boleh mencipta signature penulisan kita sendiri secara genuine.

Saya baru tau menjadi penulis ada tanggungjawab tersirat yang perlu diutamakan bukan sekadar mengejar populariti dan wang ringgit kerana ia datang sendiri tanpa dijemput apabila niat itu berpegang kepada tujuan dan bukan selain daripadanya.

Saya baru tau, konsep tepat untuk belajar menjadi penulis adalah dengan menulis dan menulis.

Terima kasih Ustaz Pahrol kerana berkongsi ilmu milik Allah. Alhamdullilah lebih banyak dikongsi maka lebih berkat dan afdhal.

Mohon maaf kalau saya tersilap dalam perkara² diatas.

 27 total views