Cerita Santai V

Spread the love

Aku berjalan perlahan menaiki eskalator sogo dan bertentang mata dengan seorang wanita yang seperti pernah ku lihat. Dia mengukir senyum dan menyebut namaku. Kami berselisih dan dia masih menoleh ke arahku sambil melambai tangan. Eskalator ku arah ke atas manakala eskalatornya arah ke bawah. Aku bingung.
“Siapa tu”? bisik hatiku.
Aku menoleh semula ke bawah, wanita itu sudah hilang dari pandangan. Aku menyangkakan mungkin wanita tersebut tersilap orang. Fikiranku terus menerus berfikir bagai tidak mahu melupakan kan perkara itu. Ada sesuatu tentang wanita itu yang menyebabkan ligat ingatanku memproses maklumat. Aku terus berjalan naik dari tingkat ke tingkat dengan eskalator. Akhirnya aku sampai jua ke tingkat menjual makanan dan minuman. Aku berlegar sebentar mencari lokasi yang sesuai. Mataku terlihat wanita tadi. Dia melambai-lambaikan tangannya.
“Terpaksalah aku jumpa dia juga” kataku perlahan.
Aku berjalan menuju ke mejanya. Dia merenungku tidak putus menyebabkan dadaku tiba-tiba berdebar. Aku terasa berat kakiku melangkah biarpun jaraknya sudah dekat sangat. Aku memandang kiri dan kananku.
“Cepatlah…duduk sini meh” ucapnya.
Aku sampai ke mejanya.
Aku tercegat sekejap sambil memerhatikan dia. Matanya tepat melihat ke mataku. Dia masih mengukir senyum. Aku masih dengan wajah seriusku. Dia memberikan isyarat mata untuk menjemput aku duduk bersama bertentangan dengannya. Aku menelan air liurku dan melabuhkan punggungku.
Wanita berkenaan tersenyum lagi.
Dia kemudian menongkat dagunya di atas meja. Sambil mengelipkan mata beberapa kali dia kembali tersenyum.
Aku semakin berdebar. Minda ingatanku masih gagal mengenalpasti dia.
“Boleh saya tahu cik ni siapa?” soalku spontan.
“Awak tak kenal saya?” soalnya pula kepadaku.
Aku hanya menggelengkan kepala.
“Maaf…” jawabku.
Hati ini masih lagi berdebar apabila merenung matanya yang bulat besar, rambutnya yang panjang paras bahu dan senyumannya yang mencairkan sesiapa sahaja terutamanya seorang yang bernama lelaki.
“Saya kenal awak tau…” terangnya.
“Saya dah lama jatuh hati…” sambungnya lagi.
Mukaku terus berubah menjadi merah.
“Masya Allah, kenapa dengan aku ni?” bisikku kepada diri sendiri.
Tiba-tiba aku terlihat wajah isteriku dan anak-anakku berulang kali di kaca mataku.
“Maaf cik, saya dah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata…” terangku pantas dan yakin.
Wanita tu ketawa kecil dan tersenyum sebaik sahaja mendengar kataku.
“Saya baca semua buku awak Encik Shah Iskandar…” jelasnya.
“Saya minat dan jatuh hati dengan hasil karya awak” sambungnya lagi.
“Saya faham status awak” katanya lagi sambil tersenyum.
“Maafkan saya kerana menyebabkan awak hilang pertimbangan dan salah faham. Saya terlalu teruja dan tak tahu nak gambarkan perasaan saya…” terangnya panjang lebar.
Wanita itu membuka begnya dan mengeluarkan sebuah buku yang aku tulis. Dia menghulurkan sebatang pen kepadaku.

Please visit link below :

BDS1
https://books2read.com/u/b5760O

BDS2
https://books2read.com/u/3L0L10

PAMSE
https://books2read.com/u/b5x27A

SBD
https://books2read.com/u/b5rWjk

6LAN
https://books2read.com/u/m2vB9O

7DAYS
https://books2read.com/u/38xk9B

98 total views, 1 views today

Leave a Reply