Bab 25 – Rahsia Terbongkar (BDSII)

Spread the love

Bab 25 – Rahsia Terbongkar

Shah Iskandar cuba menjejak kesan tersebut dan mendapati dia sampai ke sebuah kawasan yang agak bersemak sedikit. Kesan itu mati disitu dan Shah Iskandar pasti inilah tempat yang dicari. Abahnya memberi isyarat agar Shah Iskandar cuba menebas semak-samun yang tumbuh meliar di kawasan tersebut kerana besar kemungkinan rahsia tersebut ada disebalik semak berkenaan.

Mereka berdua sedar, masa kian tipis dan mereka tiada pilihan selain berusaha dengan keras untuk mencari Asad yang masih tidak tahu ke mana menghilangnya. Asad dikatakan cuba mengesan kehilangan Sofea pada hari kejadian dan dia pula turut hilang tanpa sebarang kesan.

Pada ketika itu abah menyentuh bahu Shah Iskandar dan menudingkan jarinya ke sebuah rumah yang tidak jauh dari situ. Shah Iskandar melangkah perlahan dan berhati-hati menuju ke arah rumah berkenaan. Setelah dipastikan bahawa rumah berkenaan tidak berpenghuni, aku mengajak abah masuk ke dalam.

Kami sampai di hadapan pintu masuk dan melihat pintunya berkunci dengan mangga. Abah mencuit bahuku lagi sambil menunjukkan sebuah tingkap yang kelihatan tidak berkunci. Aku berjalan ke arah tingkap berkenaan dan cuba membukanya dan didapati tidak berkunci. Dengan sekelip mata aku sudah berjaya memasuki rumah berkenaan. Mataku meliar mencari suis lampu di dalam rumah berkenaan. Abah kemudian turut memasuki rumah berkenaan.

Hidungku terbau sesuatu yang sangat busuk dari salah sebuah ruang dalam rumah berkenaan. Aku mengesan bau tersebut dan berjalan menuju ke sebuah bilik yang berada dalam rumah berkenaan. Abah hanya mengekori dari belakang dan kami berdua berdiri di hadapan sebuah bilik yang disyaki mengeluarkan bau busuk yang menusuk hidung berkenaan.

Hatiku percaya Asad mungkin sudah tiada lagi berdasarkan bau busuk seperti bau bangkai manusia. Aku menolak daun pintu dan mendapati ada sekujur mayat terlentang di tengah bilik berkenaan. Mukanya sudah pecah akibat dipukul dengan objek tumpul berulang-ulang kali. Kakinya sebelah seakan sudah patah kerana lututnya kelihatan sudah beralih ke sebelah belakang badannya.

Aku dan abah menghampiri mayat berkenaan dan cuba membuat pengecaman. Aku menyeluk poketnya dan mendapati beg duitnya masih ada. Aku kemudian menyiasat dan mendapati dokumen dalam beg berkenaan memberitahuku bahawa mayat berkenaan adalah mayat Asad. Abah segera mendail untuk memaklumkan kepada polis. Aku dan abah segera keluar dari rumah berkenaan dan kami mendapati ada kesan-kesan seperti sesuatu yang berat di tarik keluar dari rumah berkenaan menuju ke semak di tepi rumah berkenaan. Aku mencuit abah yang baru selesai memberitahu polis tentang penemuan kami itu.

Aku mengikut jejak tersebut dan akhirnya kami sampai ke suatu kawasan yang menunjukkan ada tanda-tanda sesuatu telah di tanam di situ. Abah terlihat sebuah cangkul di kawasan berkenaan dan datang semula untuk menyerahkan cangkul berkenaan kepadaku.

Aku kemudian mula mencangkul tanah berkenaan dan akhirnya kami menemui satu lagi mayat yang sudah busuk. Namun demikian, aku gagal menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat berkenaan. Kemudian abah menelefon polis untuk memaklumkan penemuan mayat yang kedua itu. Aku cuba memeriksa lagi kawasan berkenaan dan mendapati tiada lagi kesan seperti yang ku harapkan.

Persoalan yang bermain-main difikiranku kini adalah lokasi Sofea disorokkan. Jika Asad tidak menemui Sofea ketika beliau dikatakan orang terakhir dilihat bersama dengan wanita berkenaan, maka dimana Sofea sekarang? Mayatnya juga tidak ada dan kemungkinan dia masih hidup adalah masuk akal. Cumanya, aku kena tanya dengan Pak Ramlan atau Azazil yang aku pasti merupakan orang yang bertanggungjawab menculik Sofea. Masa kian suntuk dan aku kena cari Sofea dengan segera sebelum dia juga menjadi mangsa kepada Syaitan-syaitan berkenaan.

42 total views, 1 views today

Leave a Reply