Bab 23 – Pembalasan Adli (BDSII)

Spread the love

Bab 23 – Pembalasan Adli

Shah Iskandar mendapat mesej dari seseorang yang tidak dikenali di telefonnya. Abahnya melihat perubahan wajah Shah Iskandar.

“Kenapa bang?” soal abah kepada Shah Iskandar.

“Adli abah…” balas Shah Iskandar.

“Apa dia nak?” soal abah lagi.

“Dia nak jumpa kat satu tempat ni…” jawab Shah Iskandar.

“Kat mana tu?” tanya abah lagi.

“Abang tahu tempat ni…abah jangan risau…” balas Shah Iskandar semula.

Dia kemudian membalas mesej tersebut dan bergegas ke bilik. Abah faham keputusan Shah Iskandar untuk menemui Adli.

“Abang nak pergi sorang ke?” tanya abah sambil berjalan ke dalam bilik. Dilihatnya Shah Iskandar sedang menyiapkan diri dengan peralatan dan senjatanya bagi bertempur dengan Adli nanti. Shah Iskandar hanya menganggukkan kepala apabila abahnya bertanyakan soalan berkenaan.

“Abah jangan bimbang…Insya Allah selamat…” pujuk Shah Iskandar.

§§

Shah Iskandar berjalan perlahan menuju ke kawasan berkenaan yang agak sunyi. Dia melihat seseorang di suatu sudut kawasan disebelah kirinya. Dia amat pasti orang itu adalah Adli. Dia kemudian berjalan menuju ke arah Adli yang sedang menunggunya disitu.

“Bagus…aku ingat kau tak berani nak berjumpa denganku Shah Iskandar!..” soal lelaki berkenaan sambil menolehkan pandanganya. Mukanya mirip Adli tetapi dengan matanya yang merah dan tanduk di atas kepalanya membuktikan bahawa itu hanya jasad Adli tetapi bukan batinnya.

“Sudah ku agak…kau Azazil!” tempelak Shah Iskandar.

Azazil ketawa besar dan berdiri dengan megahnya di hadapan Shah Iskandar.

“Kau datang seorang?…” soalnya dengan suara garau dan besar.

“Aku datang dengan sahabat baik ku…” jawab Shah Iskandar sambil menarik keluar parangnya dari sarung dipinggangnya. Dia menghayunkan parang berkenaan ke arah leher Azazil namun makhluk berkenaan bergerak dengan begitu pantas sehingga tiba-tiba dia berdiri beberapa meter dari Shah Iskandar. Dia mentertawakan percubaan Shah Iskandar yang tersasar.

Shah Iskandar kemudian memasang kuda-kuda dengan menghunuskan parangnya semula sebelum secara tiba-tiba dia melompat dengan kedua-dua kakinya tidak jejak ke tanah sebelum dia berpusing dan melibas parangnya sekuat hati menyebabkan Azazil cedera di bahagian dadanya kerana libasan berkenaan. Dia tercampak ke tanah. Baru sahaja dia memegang dadanya yang luka akibat libasan tadi, dilihatnya Shah Iskandar meluru ke arahnya dan cuba menetak kepalanya namun tersasar dan terpotong telinganya sehingga terputus separuh.

Azazil menggunakan kuasa ajaibnya untuk meluncur laju dari kedudukan di atas tanah untuk menjarakkan diri dari Shah Iskandar bermeter-meter jaraknya. Dia memegang telinganya yang berdarah. Dia merasakan telinga tersebut sudah terkoyak separuh. Hatinya panas dengan tindakan Shah Iskandar.

“Lemah sungguh tubuh Adli ni…menyusahkan aku sahaja…” bisik hati kecil Azazil.

“Aku tak boleh lama menggunakan tubuh ini kerana ia akan membuatkan aku terbunuh ditangan Shah Iskandar nanti..” bisik hati kecilnya lagi.

Dia bersiap sedia untuk menyerang Shah Iskandar namun parang yang menuju laju itu menyebabkan dia terkejut dan mengelak dengan pantas dan parang tersebut menuju ke sebatang pokok dan terpacak disitu.

Azazil ketawa berdekah-dekah tetapi belum sempat dia mengeluarkan sebarang kata-kata dia dihentam oleh kayu sebesar pemeluk yang berayun dari belakangnya tepat ke arah kepalanya menyebabkan dia terhumban serta-merta ke tanah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana tengkorak kepala yang berkecai.

Walaubagaimanapun Shah Iskandar mendapati ada kelibat berwarna hitam meluncur keluar dari tubuh Adli dan menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Dia memeriksa tubuh Adli dan mendapati tidak ada lagi pergerakan. Dia melangkah ke arah parangnya yang terpacak di batang pokok. Kelihatan di tempat parang tersebut terpacak ada seutas tali yang terikat disitu dan bersambung dengan kayu sebesar pemeluk yang menghentam Adli dari belakang tadi dan menamatkan riwayatnya.

Shah Iskandar beredar dari kawasan berkenaan dan meninggalkan Adli disitu. Baju Adli yang terkoyak dibahagian belakang didapati penuh dengan tatu yang sangat pelik memenuhi segenap bahagian belakang tubuhnya.

65 total views, 3 views today

Leave a Reply