Bab 21 – Kematian Asad (BDSII)

Spread the love

Bab 21 – Kematian Asad

Kedengaran bunyi bising di belakang kereta terutamanya dari bonet. Arina dan Arini memutuskan agar mereka berhenti disebuah stesen minyak dihadapan untuk memeriksa keadaan Asad yang dihumban dalam bonet tadi.

Mereka memberhentikan kereta mereka di bahagian yang tersorok dekat dengan tandas di stesen minyak tersebut. Arini bersiap sedia dengan kayu besbolnya. Kemudian, setelah bersedia, Arina membuka pintu bonet dan Asad yang sudah sedar dari pengsan menendang pintu bonet berkenaan menyebabkan Arina tercampak ke belakang. Asad kemudian berusaha untuk keluar dari bonet dan cuba untuk menyerang Arina yang sudah terjatuh. Dia tidak sedar bahawa Arini berada dibelakangnya dengan kayu besbol yang menjadi senjata untuk mencederakan beliau. Arini sekali lagi menghayun kayu besbol berkenaan dengan sekuat hati ke arah kepala Asad yang sudah sedia berlumuran darah pada awalnya.

Asad terasa sesuatu yang keras telah menghentam belakang kepalanya sebelum sempat dia menyerang Arina. Dia terasa ada cecair panas mengalir laju dari luka yang sudah ada. Dia memegang belakang kepalanya dan memusingkan kepalanya untuk melihat orang yang telah menyerang hendapnya.

Dilihatnya Arini sedang memegang sebuah kayu besbol. Arini sekali lagi melibas kayu itu kali ini betul-betul tepat mengenai dahi Asad menyebabkan darah terpercik dengan laju akibat luka yang terhasil. Asad tersungkur ke tanah dengan mukanya dipenuhi dengan darah merah segar. Arina berundur sedikit ke belakang sebelum bangun berdiri di sebelah Arini. Dia mengambil kayu besbol dari tangan Arini dan memukul kepala Asad beberapa kali lagi sehingga kelihatan tengkoraknya yang pecah.

Sesungguhnya kedua kembar berkenaan tidak ada langsung perasaan belas dan bertindak melampaui batas norma-norma manusia dan menamatkan riwayat lelaki berkenaan.

Arina kemudian memberi isyarat kepada Arini untuk mengangkat mayat Asad untuk dimasukkan semula ke dalam bonet kereta. Mereka kemudian membersihkan tangan mereka dan baju mereka yang terkena percikan darah Asad sebentar tadi. Selepas selesai, mereka bergegas beredar dari kawasan tersebut menuju ke tempat persembunyian dimana mereka menculik dan menjual wanita-wanita untuk dijadikan pelacur di sebuah kawasan terpencil.

13 total views, 1 views today

Leave a Reply