Bab 18 – Perhitungan (BDSII)

Spread the love

Bab 18 – Perhitungan

Adli hanya merenung dari jauh Shah Iskandar yang sedang berjalan ke keretanya. Dilihatnya seorang lelaki separuh umur berada bersama musuh ketatnya itu. Dia pasti itu pasti abah Shah Iskandar.

Dengan tiba-tiba dia keluar dari tempat persembunyiannya dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Shah Iskandar yang sudah berada di dalam kereta. Tiba-tiba ada sebuah kenderaan yang dipandu dengan laju bergerak ke arahnya. Kenderaan tersebut membunyikan hon yang kuat menyebabkan Adli baru tersedar dia sedang melintas jalan raya. Dia segera berundur ke belakang dan membiarkan kenderaan berkenaan melintas dihadapannya. Selepas kenderaan berkenaan berlalu didapatinya Shah Iskandar sudah tidak lagi dilokasi yang dilihatnya tadi.

Adli segera berlegar ditempat berkenaan dan cuba mengesan pergerakkan kereta yang masih ada di sekitar dan tiada kelihatan kereta Shah Iskandar dimana-mana pun.

Dia kemudian berjalan pantas ke arah jalan masuk ke sebuah simpang dan mendapati kenderaan Shah Iskandar yang baru sahaja membelok ke satu simpang di sebelah kanan. Adli dengan segera berpatah balik ke kenderaannya dan memandu laju untuk mengejar kenderaan Shah Iskandar.

Dia membelok ke simpang yang dimasuki oleh Shah Iskandar sebentar tadi dan memandu dengan perlahan untuk mengenalpasti kedudukan kenderaan Shah Iskandar sekarang. Akhirnya dia melihat kereta Shah Iskandar dan terus memecut laju sedikit agar tidak kehilangan jejak sekali lagi.

Agak lama juga Adli mengekori kereta berkenaan dan akhirnya kereta itu masuk ke sebuah rumah. Adli memberhentikan keretanya dalam beberapa meter dari kereta Shah Iskandar. Dia amat pasti ini adalah rumah Shah Iskandar.

Kelihatan Shah Iskandar dan abahnya keluar dari kereta dan menaiki tangga menuju ke dalam rumah. Adli kemudiannya keluar dari keretanya dan berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah tersebut. Tiba-tiba Pak Ramlan muncul di hadapannya dan mengangkat tangannya seakan menghalang langkahan Adli untuk ke rumah tersebut. Adli agak kecewa dengan larangan Pak Ramlan.

“Kau bukan tandingan Shah Iskandar…Adli…” ucap Pak Ramlan.

“Kenapa pulak Pak Ramlan…biar aku siat-siat kulitnya buat kain buruk dirumahku…” jawab Adli dengan nada marah.

“Kau tidak akan bertahan lama sekiranya kau menentang dia tanpa bantuanku…” ucap Pak Ramlan lagi.

“Aku peduli apa…aku mahukan dia mati hari ini…” balas Adli lagi.

“Aku tahu kau mempunyai semangat untuk membunuhnya…tapi Shah Iskandar bukan calang-calang orang untuk kau hadap..” pesan Pak Ramlan lagi.

“Apa yang kau nak aku buat sekarang?” soal Adli kepada Pak Ramlan.

Pak Ramlan tersenyum mendengar kata-kata Adli. Dia datang dekat dengan Adli dan memberikan sesuatu untuk dimakan. Dia mengarahkan Adli untuk menelan barang tersebut. Adli tanpa banyak soal menerimanya dari tangan Pak Ramlan dan menelan barang tersebut menyebabkan dia tiba-tiba terasa mual dan kepalanya terasa seperti berpusing-pusing. Dia mengangkat kepalanya dan melihat Pak Ramlan sudah ghaib. Dalam beberapa saat kemudian dia terasa segar seluruh tubuh dan kekuatannya seakan bertambah selepas itu.

Adli melangkah menuju ke rumah Shah Iskandar dengan rasa penuh yakin. Kemudian dalam beberapa langkah lagi sebelum sampai ke rumah Shah Iskandar, Adli melihat seorang lelaki berdiri dihadapannya dengan parang tersisip di pinggang. Kelihatan di tangga rumah, abah Shah Iskandar sedang memerhati dari jauh.

“Kau pasti Adli kan?…” serkap Shah Iskandar kepada lelaki yang baru pertama kali ditemuinya.

Adli hanya ketawa kecil. Dia memandang wajah Shah Iskandar. Kemudian dia menjeling ke arah abah dibelakang Shah Iskandar.

“Kenapa tanya kalau sudah tahu!” balas Adli sambil matanya melilau mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata.

“Ada hal apa kau dengan aku?” soal Shah Iskandar semula.

“Aku difahamkan kau cuba nak tolong Sofea kan?” soal Adli kepada Shah Iskandar.

“Ya benar…dia datang kepadaku untuk mendapatkan pertolongan dan aku akan menolongnya dengan apa cara sekalipun…” jawab Shah Iskandar dengan tegas.

“Kau sepatutnya tolak permintaan dia tu…” usik Adli dengan nada menyindir.

“Kau tak tahu apa yang bakal kau hadapi Shah…” tambah Adli lagi.

“Kalau kau menyerah hari ini, aku takkan apa-apakan abah kau…” amaran Adli kepada Shah Iskandar.

“Kau ni waras atau tidak Adli?” jawab Shah Iskandar.

Adli dengan tiba-tiba meluru ke depan dan mengacukan buku limanya ke arah muka Shah Iskandar. Tumbukan padu itu berjaya ditepis namun tumbukan kedua yang dihayun oleh Adli berjaya dielak dengan pantas oleh Shah Iskandar. Beliau terpaksa berundur beberapa tapak ke belakang kerana serangan agresif Adli tersebut.

Kini keduanya bertentang mata diantara satu dengan lain. Adli masih menggenggam penumbuk dan bersedia untuk menyerang lagi. Shah Iskandar bersedia dengan kuda-kuda untuk menyerang balas. Dia menanti serangan dari Adli.

Adli berlari dan melepaskan tendangan sisi yang hampir singgah ke kepala Shah Iskandar namun berjaya di elak dengan cepat.

Adli kemudian memusingkan badannya dan melepaskan satu tendangan secara back kick dan tepat mengenai perut Shah Iskandar yang menyebabkan beliau terhumban ke tanah dengan serta-merta.

Melihat kepada situasi Shah Iskandar yang sudah terjatuh, Adli terus membuat serangan balas dengan melompat tinggi dan mengacukan lututnya ke arah badan Shah Iskandar.

Shah Iskandar menggolekkan tubuhnya dengan pantas selepas melihat Adli di udara dan serangan itu berjaya dipatahkan. Shah Iskandar bangkit semula dengan pantas dan bersiap sedia untuk membuat serangan balas. Beliau membuat libasan ke arah kaki Adli dengan kaki kanan yang dipusingkan dari arah belakang badannya namun berjaya dielak oleh Adli yang melompat dengan kedua-dua belah kakinya sebelum melompat sekali lagi dengan serangan yang hampir serupa dari Shah Iskandar dengan menggunakan kakinya yang lagi satu. Kini mereka berdua berada dalam jarak agak jauh juga selepas berbalas-balas serangan.

Adli berjalan ke tepi sebatang pokok yang sudah tumbang. Dia memijak dahan pokok berkenaan yang sudah tidak mempunyai daun tetapi mempunyai hujung yang tajam dan mematahkannya dari pokok berkenaan. Dia kemudian melibas-libas kayu yang dipatahkan tadi umpama pedang. Kini dia bersenjata tajam dan bersedia untuk menyambung perhitungannya dengan Shah Iskandar.

“Hei orang tua…takkan nak duduk je situ!?” umpan Adli kepada abahku yang masih memerhatikan kami berdua.

Aku menjeling ke arah abah dan memberikan isyarat agar tidak perlu masuk campur pertempuran kami tetapi abah termakan umpannya dan segera turun dengan pantas.

Apa yang aku dan abah tidak tahu adalah Adli mempunyai sepucuk pistol dan dia mengeluarkan senjata berkenaan dan cuba melepaskan tembakan kepada abah. Aku terkejut namun aku mencuba untuk menghalang Adli dari melepaskan tembakan kepada abah yang terpaku dengan tindakan Adli.

Aku berlari ke arah Adli dan melompat dengan seberapa pantas untuk menggagalkan Adli dari menggunakan pistol berkenaan namun aku agak terlewat kerana pistol itu meletup sebelum aku berjaya menendang tangan Adli menyebabkan sasaran pistol berkenaan tepat mengenai kaki abah dan beliau jatuh tersungkur ke tanah. Pistol berkenaan masih ditangan Adli dan aku menyepak mukanya dengan kaki kiriku menyebabkan dia mengalami gegaran otak buat seketika sebelum aku menambah satu tendangan berputar menyebabkan dadanya menjadi sasaran dan Adli terhumban ke belakang dan melepaskan pegangan pistol dan kayu yang dipegangnya.

Melihat Adli sudah tertewas aku kembali mengukuhkan kedudukankan dan kemudian berlari menuju ke arah dia jatuh. Ku dapati Adli sudah lari meninggalkan tempat berkenaan sambil terdengkot-dengkot menuju ke jalan besar. Aku tidak dapat meneruskan pengejaranku kerana teringat dengan abah yang terkena tembakan oleh Adli sebentar tadi. Aku berlari mendapatkan abah yang masih terbaring kesakitan kerana ditembak dikaki.

Aku segera memapah abah untuk masuk ke dalam kereta. Selepas itu aku memandu pantas untuk membawa abah ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Selepas abah mendapat rawatan aku telah menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan sambil menyerahkan sepucuk pistol yang telah ditinggalkan oleh Adli ditempat kejadian untuk siasatan lanjut oleh pihak polis.

Doktor yang telah selesai mengadakan operasi pembedahan memaklumkan bahawa pembedahan berjaya mengeluarkan peluru yang menembusi kaki abah dan pihak polis telah dimaklumkan berkenaan perkara berkenaan. Segala siasatan akan dilakukan oleh pihak polis bagi menangkap Adli yang telah menembak abah pada hari ini.

Aku percaya Adli akan datang semula untuk mencariku nanti naluriku berkata-kata kerana perhitungan tadi belum selesai dan Adli yang meluap-luap dendam kesumatnya pasti akan memburu aku lagi. Buat masa ini, biar polis yang menguruskan hal Adli. Aku akan bersedia untuk perhitungan yang seterusnya Adli.

25 total views, 1 views today

Leave a Reply