Bab 17 – Cubaan Membunuh (BDSII)

Spread the love

Bab 17 – Cubaan Membunuh

Maria sedang melakukan satu upacara ritual yang sangat pelik di dalam biliknya. Dia sedang melakukan amalan yang telah di ajar oleh Pak Ramlan baru-baru ini. Dia begitu khusyuk dan fokus. Selepas selesai dia mendapat alamat atau tanda dari makhluk yang dipujanya mengenai Sofea.

Maria kemudian bergegas keluar dari rumah dan memandu keluar menuju ke suatu destinasi yang hanya dia sahaja yang tahu. Keadaan Maria sekarang tidak ubah sedang dikawal oleh sesuatu kuasa ghaib kerana riak mukanya menunjukkan bahawa ada sesuatu yang merangsang nalurinya sehinggakan wajahnya kelihatan bengis dan penuh dengan kemarahan. Akhirnya Maria tiba di bangunan Cemerlang Venture dan meletakkan kenderaannya berdekatan kawasan berkenaan. Kini, dia menunggu seseorang.

Dengan serta-merta Pak Ramlan sudah ada disebelahnya. Maria memandang Pak Ramlan tanpa sebarang perasaan. Kedua-duanya menanti dengan sabar didalam kereta berkenaan. Kemudian, sebuah kereta keluar dari bangunan tersebut dan Maria mula mengekorinya tanpa disedari oleh orang tersebut.

Untuk beberapa ketika, Maria hanya menurut sahaja arah yang dilalui oleh kenderaan yang dipandu oleh Sofea tersebut. Tiba-tiba Pak Ramlan membaca serapahnya dan meniup tapak tangannya ke arah kereta Sofea yang berada di hadapan mereka.

Dengan serta-merta kereta berkenaan tiba-tiba terbabas ke tepi jalan dan diberhentikan dengan mengejut oleh Sofea yang terantuk kepalanya ke stereng kereta yang dipandunya.

Maria memandu keretanya dan memberhentikan keretanya di sisi kereta Sofea yang terbabas di tepi jalan.

Dia keluar dari keretanya dan mengukir senyum. Kemudian dia berjalan ke arah kereta Sofea dan melihat pemandunya sudah pengsan di tempat pemandu. Dia baru hendak mengorak langkah sebelum bahunya disentuh oleh Pak Ramlan. Maria menoleh ke arah Pak Ramlan yang disangkanya menyentuh bahunya tetapi sebenarnya tiada sesiapa disitu. Yang dilihatnya dari kejauhan terdapat sebuah kenderaan yang sedang menuju ke arah dia dan Sofea berada sekarang.

Maria membatalkan niatnya dan kembali ke kereta dan masuk ke dalam. Dia mengundurkan keretanya dan berlalu dari situ dengan segera. Keretanya dipecut laju kerana dia tidak mahu sesiapa tahu yang dia ada memberhentikan keretanya disitu.

Dalam beberapa minit kemudian sebuah kereta diberhentikan disisi kereta Sofea. Rupanya Asad yang memandu kenderaan berkenaan dan keluar dari kereta untuk mendapatkan Sofea yang masih pengsan di kereta.

Asad mengetuk-ngetuk cermin kereta. Sofea tidak memberikan sebarang tindak balas. Dia mencuba untuk membuka pintu kereta tetapi gagal. Akhirnya dia berjalan ke sisi tingkap penumpang dan mengambil seketul batu dan memecahkan cermin kereta Sofea. Asad menekan button unlock pintu dan membuka pintu dan meluru masuk untuk memeriksa keadaan Sofea. Terkejut dia kerana dia melihat lembaga hitam yang ditemuinya sebelum ini berada di tempat duduk yang dipecahkan tingkapnya. Dia berundur terlalu laju akibat terkejut dan terlentang ke belakang.

Kepalanya terasa sedikit sakit kerana terhantuk kepada ketulan-ketulan batu yang ada di sekitar kawasan dia terlentang. Matanya seakan-akan berpinar-pinar namun dia menggagahkan dirinya untuk bangun dan berdiri.

Dilihatnya pintu kereta yang ternganga tersebut kosong. Susuk makhluk berkenaan sudah ghaib. Asad berdiri dan berjalan ke pintu kereta berkenaan. Alangkah terkejutnya apabila melihat Sofea sudah hilang. Asad memandang sekeliling kawasan berkenaan dan memanggil-manggil nama Sofea berulang kali. Namun usahanya sia-sia belaka kerana Sofea sudah tidak dapat dikesan dan dijumpai di sekitar kawasan berkenaan.

Asad berjalan ke tepi jalan raya dan melihat jalan tersebut sunyi tanpa ada sebarang kenderaan yang lalu pada masa ini. Dia memandang ke langit dan melihat awan tebal berwarna kehitaman sudah terbentuk dengan banyaknya disekitar kawasan itu dan dijangka akan turun hujan dalam beberapa minit lagi kerana sudah ada titis-titis kecil yang turun dan jatuh di kepala Asad.

Dia agak bingung buat seketika. Asad teringat peristiwa sebelum terjadinya kejadian ini.

Sofea sedang meneguk air minumannya ketika pintu diketuk dan terdengar suara Asad diluar pintu.

“Masuk Asad…” ucap Sofea pantas.

Asad kemudian membuka pintu dan masuk ke pejabat Sofea. Dia berjalan ke arah Sofea dan dipersilakan duduk oleh wanita itu.

“Ada apa-apa nak share ke Asad?” soal Sofea.

“Ada Sofea…” jawab Asad ringkas sambi mengambil tempat duduk di kerusi. Asad menghulurkan sebuah fail kepada Sofea. Sofea kemudian menghulurkan tangan untuk menerima fail berkenaan. Dia membelek-belek isi kandungan fail berkenaan dan membacanya dengan teliti. Asad hanya memandang sahaja dan bersedia untuk menjawab soalan sekiranya diajukan. Sofea masih lagi khusyuk dengan isi kandungan fail berkenaan dan sesekali memandang wajah Asad semula. Tetapi dia masih belum memberi sebarang tindak balas yang berupa soalan ataupun kemusykilan.

Sesekali kelihatan Sofea menganggukkan kepala tanda memahami sesuatu perkara. Kemudian dia memandang semula ke arah Asad dan kembali meneruskan pembacaan.

“Sofea nak saya tunggu ke?” soal Asad memecahkan kesunyian.

“Sekejap Asad, saya dan nak habis baca dah…jangan pergi lagi…” jawab Sofea ringkas sambil memberikan isyarat tangan kepada Asad agar tunggu sekejap.

Asad tidak jadi bangun dari tempat duduknya dan terus menanti Sofea meneliti fail yang ada di tangannya sekarang. Dia masih memerhatikan Sofea. Kemudian telefon Sofea berbunyi dan segera dijawab. Sofea mengangguk-anggukkan kepala dan menamatkan panggilan berkenaan.

“Asad, Sofea nak pergi balai polis sekejap” ucap Sofea sambil bangun dari tempat duduknya.

“Kenapa Sofea?” soal Asad pula.

“Diorang panggil minta Sofea hadir sekarang…fail ni Sofea bawa sekali okay..” terang Sofea sambil mencapai beg tangannya.

“Nak saya teman ke?” tawar Asad kepada Sofea.

“Boleh juga, tapi Sofea nak jumpa ibu sekejap lepas balik dari balai…better Asad drive kereta sendiri ya…boleh?” pinta Sofea dengan manja dan mengukir senyum kepada Asad.

“Boleh ja…nanti saya follow dari belakang…” balas Asad semula.

Kedua-duanya keluar dari bilik Sofea dan menaiki lif untuk turun ke tempat meletak kenderaan.

Asad tidak menyangka itu merupakan perbualan terakhirnya dengan Sofea sebelum wanita itu diculik di hadapan matanya dalam perjalanan ke balai polis. Fail yang dibawanya turut tidak dapat ditemui dalam kereta Sofea.

Tiba-tiba ada silau lampu kereta yang menuju ke arah Asad sedang berdiri. Kenderaan berkenaan berhenti ditepi jalan dan kelihatan dua orang wanita keluar dari kenderaan berkenaan.

Kedua-duanya berjalan menuju ke arah Asad secara perlahan-lahan. Akhirnya Asad dapat mengenalpasti keduanya. Mereka adalah Arina dan Arini.

“Apa kau buat kat sini Asad?” tanya Arina apabila melihat kereta Sofea kelihatan terbabas ke tepi jalan dan cermin tingkap sebelah pemandu sudah dipecahkan.

Arini berjalan mengelilingi kereta Sofea dan memeriksa kenderaan tersebut.

“Sepatutnya aku yang tanya apa kau berdua buat kat sini?” marah Asad kepada wanita kembar berkenaan.

“Oh…kita orang just passing by Asad…this car look like Sofea’s car…apa kau buat dengan dia Asad?” ucap Arina semula.

“Ya Asad…mana Sofea…dia takde dalam kereta ini!” tambah Arini pula yang kini berdiri disebelah Asad. Tangannya menyorokkan sesuatu dibelakang badannya tanpa disedari oleh Asad yang pada ketika itu menumpukan perhatian kepada Arina yang cuba untuk membuka bonet kereta Sofea.

“Tolong jangan sentuh apa-apa ya…aku dah telefon polis dah supaya datang ke sini…” terang Asad.

Arini yang berada dibelakang Asad pada ketika itu memukul kepala lelaki berkenaan dengan kayu besbol sekuat hatinya menyebabkan Asad yang tidak bersedia jatuh tersembam ke tanah.

Good job Arini…” ucap Arina sambil tersenyum.

Arini berjalan menuju ke kereta dan mengalihkan kereta tersebut berdekatan dengan tubuh Asad yang sudah pengsan. Mereka berdua bersama-sama mengangkat tubuh Asad dan menghumbannya ke dalam bonet kereta belakang.

“Dia hidup lagi ke?” soal Arina.

I don’t know…I just hit him hard…” jawab Arini.

Let’s go…” arah Arina kepada Arini.

Mereka memandu kereta berkenaan dan beredar dari tempat tersebut dengan seberapa pantas yang boleh.

31 total views, 1 views today

Leave a Reply