Bab 15 – Happy Birthday Maria (BDSII)

Spread the love

Bab 15 – Happy Birthday Maria

Rumah Datuk Halim hari ini bising dengan muzik yang kuat dan lantang. Ramai tetamu yang berkunjung untuk menghadiri parti yang diadakan sempena hari lahir Maria. Hari ini merupakan hari bebas sedunia dimana lelaki dan wanita bercampur dan mengambil minuman keras sebebas-bebasnya. Terdapat juga minah-minah salleh yang hadir ke parti tersebut. Bukan sahaja kawan-kawan Maria tetapi kawan-kawan Adli turut sama hadir ke parti berkenaan.

Dengan adanya DJ jemputan yang mengendalikan majlis, sudah tentu majlis yang dilaknat Allah ini hiruk pikuk dengan jeritan dan bunyi muzik yang bising dan kuat. Tetamu kebanyakkannya menari-nari dengan gaya masing-masing dan terlalu asyik dengan nikmat duniawi yang bila-bila masa sahaja akan tamat tanpa mereka sedari.

Ahli-ahli lembaga pengarah yang turut hadir adalah Datuk Kassim dan Datuk Murad bagi memeriahkan majlis di rumah Datuk Halim. Mereka masing-masing membawa isteri masing-masing ke parti berkenaan. Datuk Halim hanya menjeling sahaja ke arah Datin Faridah dan Datin Asmawani yang menemani suami mereka. Masing-masing membawa kotak hadiah yang besar untuk diberikan kepada Maria.

Kelihatan juga dimajlis berkenaan Doktor Arif dan kembar Arina dan Arini. Mereka juga turut membawa hadiah untuk Maria.

“Doktor Arif…akhirnya bertemu juga….” jerit Arina kepada jejaka kacak berkenaan.

Doktor Arif hanya tersenyum mendengar pujian dari Arina. Kemudian Arini datang dari sebelah kanannya dan memegang lengannya dengan mesra. Doktor Arif cuba mengatakan sesuatu namun Arini tidak mendengar dengan jelas kata-katanya kerana muzik yang agak kuat. Beberapa kali dia meletakkan tangannya di telinga untuk memberikan isyarat bahawa dia tidak mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan. Arina kemudian memegang lengan sebelah kiri Doktor Arif dan menarik lelaki berkenaan bersama kembarnya berjalan menuju ke tangga untuk naik ke atas. Doktor Arif hanya menurut sahaja kembar berkenaan kerana dia sendiri tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh kedua-dua perempuan berkenaan.

Arina memimpin mereka berdua untuk masuk ke salah sebuah bilik dan mengunci bilik berkenaan. Mereka bertiga duduk di tepi katil sambil tertawa riang. Bunyi bising sudah agak perlahan kerana mereka berada dalam ruang yang tertutup.

“Apa yang Doktor cakap pada I tadi?” bisik Arini ke telinga Doktor Arif.

“Ohh…sebenarnya saya sekarang confuse…yang mana satu Arina dan yang mana satu Arini” ucap Doktor Arif.

Kembar berkenaan ketawa dengan kuat mendengar apa yang diperkatakan oleh Doktor Arif. Kemudian kedua-duanya berdiri di hadapan Doktor Arif. Arina menunjukkan dagunya yang tidak mempunyai tahi lalat. Sementara itu, Arini menunjukkan tahi lalat di dagunya. Doktor Arif menunjukkan isyarat bagus selepas mengetahui cara untuk mengenali Arina dan Arini. Kembar berkenaan kemudian duduk semula di sebelah Doktor Arif.

I nak minta tolong Doktor boleh tak?” rengek Arina.

I pun nak mintak tolong dengan Doktor juga…” bisik Arini pula sambil tersenyum-senyum.

Doktor Arif semakin seronok dengan usikan manja kedua-dua kembar berkenaan.

“Nak I tolong apa ya?”  balas Doktor Arif dengan perlahan kepada keduanya secara serentak.

Kembar berkenaan tersenyum dan memandang wajah  diantara satu sama lain.

Setelah mendengar proposal dari kembar berkenaan, Doktor Arif bersetuju untuk menjadi pembantu kepada keduanya sekiranya mereka didapati hamil dalam menjalankan perniagaan mereka dalam bidang pelacuran dengan kadar diskaun.

§§

Okay…good job!” puji Adli di talian telefon.

“Siapa tu Ad?” soal Maria ingin tahu.

“Oh…no one lah…” jawab Adli pendek sambil berlalu dari situ menuju ke sebuah kumpulan gadis yang sedang menari-nari seperti orang hilang akal di hadapan DJ yang sedang memainkan muzik bingit dan bising.

Maria terasa hati dengan abangnya namun dia juga berjalan menuju ke arah kawan-kawannya yang sedang rancak berbual di sofa. Pada masa itulah dia terlihat kelibat Pak Ramlan berada di atas tangga di bahagian atas. Tiba-tiba ada orang yang sedang turun dan menyebabkan kelibat Pak Ramlan terhalang. Apabila Maria cuba untuk mengesan beliau, beliau sudah ghaib entah ke mana.

“Mungkin perasaan aku sahaja…” bisik hati kecilnya.

Kemudian dia terasa seperti ada seseorang yang memegang bahunya sambil mengucapkan selamat hari lahir. Dia cuba menoleh dan mengukir senyum tetapi dia tidak melihat sesiapa yang ada dibelakangnya walaupun terasa seperti dicuit bahunya. Dia cuba memandang sekeliling dan mendapati masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing di parti berkenaan.

Maria terasa seperti ada seseorang yang memegang tangannya dan menariknya ke tepi.

Happy birthday Maria…” ucap Doktor Arif sambil mencium pipinya. Sebuah kotak kecil diserahkan kepada Maria oleh Doktor Arif.

Thank you Arif!” ucap Maria sambil memeluk erat Doktor Arif. Maria kemudian melepaskan pelukannya dan mendapati dia baru lepas memeluk Pak Ramlan yang disangkanya Doktor Arif. Pak Ramlan tiba-tiba berubah wajah menjadi menakutkan dan menyebabkan Maria menjerit ketakutan dan akhirnya dia pengsan di tengah rumah.

§§

Maria membuka matanya perlahan-lahan dan mendapati dirinya berada didalam biliknya sendiri. Datin Faridah mengusap-usap kepala Maria.

Are you okay sayang?” soal ibunya perlahan.

Maria masih membisu kerana dia tidak faham dengan situasi yang sedang dialaminya sekarang. Dia cuba untuk bangun namun dihalang oleh ibunya.

Get some rest first okay…” ucap ibunya lagi.

Maria kembali meletakkan kepalanya dan cuba untuk berehat. Dia cuba untuk mengingati kejadian yang berlaku sebentar tadi namun dia masih tidak dapat mengingatinya.

49 total views, 1 views today

Leave a Reply