Bab 13 – Adli Datuk Halim (BDSII)

Spread the love

Bab 13 – Adli Datuk Halim

“Macam mana dia boleh terlepas?” jerit Adli kepada kepada Arina dan Arini.

Kembar berkenaan berpandangan sesama sendiri.

“Mungkin ada orang yang bantu dia Ad…” jawab Arina.

Adli menyapu-nyapu mukanya berkali-kali kerana tidak percaya bahawa Sofea sudah meloloskan diri dari bilik kurungannya.

“Aku dah cakap, jaga dia kejap…bukannya ramai pun…minah tu sorang ja…itupun korang tak boleh buat!” marah Adli sambil menendang kerusi dihadapannya yang terpelanting ke pintu.

Terkejut Arina dan Arini melihat gelagat Adli pada hari ini.

“Ala rileklah Ad!” jerit Arini pula.

Adli berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan. Dia seakan mati akal untuk berfikir apa-apa pun lagi.

“Aku pergi sekejap ja hantar perempuan-perempuan tu, tapi korang dua orang boleh pulak tinggalkan dia sorang-sorang kat sini tanpa kawalan…!” ungkit Adli kepada kembar berkenan.

“Hei! Sini ada apa Ad?!…masa kita orang tinggalkan dia, dia pengsan, tangan terikat, kaki terikat…macam mana dia nak lari?” balas Arina mempertahankan tindakan mereka keluar malam tadi untuk makan di salah sebuah pekan terdekat.

“Lagipun Arini lapar, so kita orang keluar lah sekejap…” balasnya lagi dengan muka merah padam.

Adli mengangkat kedua-dua tangannya tanda tidak mahu lagi bertekak mengenai hal Sofea.

“Aku harap Sofea tak kenal dan tak tahu siapa yang culik dia dan bunuh kawan dia…” ucap Adli sambil duduk di sebuah kerusi.

Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk dari luar.

Kemudian pintu berkenaan terbuka dan dimasuki oleh seorang lelaki separuh umur yang ala-ala jawa penampilannya.

“Pak Ramlan!” jerit Arina dan Arini hampir serentak.

Pak Ramlan hanya tersenyum dan berjalan ke arah Adli yang sedang gelisah di tempat duduknya. Orang tua berkenaan kemudian menarik sebuah kerusi tanpa perlu bersusah-payah kerana hanya menggunakan kuasa tangannya untuk memastikan kerusi berkenaan bergerak sendiri ke arahnya. Selepas itu dia duduk berhadapan dengan Adli. Pak Ramlan menampar muka Adli menyebabkan lelaki berkenaan terjatuh dari kerusi yang didudukinya.

“Kau cuma perlu tahan dia sekejap sementara aku datang Adli!” marah Pak Ramlan.

Adli menunjukkan jarinya ke arah kembar yang sedang berdiri di ruang tengah rumah berkenaan. Pak Ramlan menolehkan mukanya yang sedang marah. Matanya kemudian bertukar menjadi merah menyala menyebabkan kembar berkenaan menjadi takut melihat perubahan tersebut.

Pak Ramlan berjalan ke arah mereka dan wajahnya tiba-tiba kembali ke asalnya.

“Macam mana perempuan itu boleh terlepas?” soal Pak Ramlan.

“Saya rasa Asad yang tolong dia, Pak Ramlan…” jawab Arina yang seakan bergetar suaranya.

Pak Ramlan mengangkat kedua belah tangannya dan secara tiba-tiba Arina dan Arini ditarik ke arah tangan Pak Ramlan dan mendapati leher mereka dicengkam kuat oleh tangan tersebut. Keadaan berkenaan menyebabkan mereka sukar untuk bernafas. Dapat diperhatikan bahawa kedua-dua kaki mereka sudah terapung di udara dan tangan mereka memukul-mukul cengkaman Pak Ramlan.

Selepas beberapa ketika, Pak Ramlan melepaskan cengkaman berkenaan dan kembar berkenaan jatuh serentak ke lantai. Mereka masih lagi menderita kerana kesesakan nafas sebentar tadi dan mengurut-urut leher mereka.

“Perempuan-perempuan yang lain tu kau dah hantar Adli?” soal Pak Ramlan yang berjalan menuju ke arah Adli yang masih berada dilantai rumah. Adli segera bangun dan membersihkan baju dan seluarnya yang berdebu kerana terjatuh sebentar tadi.

“Aku dah hantar petang tadi…kesemuanya…kecuali perempuan yang mati tu…aku dah buang mayatnya…” balas Adli pantas.

“Kau buang kat mana?” soal Pak Ramlan semula.

“Aku buang kat hutan sebelah ni…” jawab Adli lagi.

“Kau berhutang denganku Adli…aku mahukan perempuan itu…” ugut Pak Ramlan kembali.

Adli hanya menganggukkan kepala. Dilihatnya kembar berkenaan turut mengganggukkan kepala mereka.

Sebaik sahaja selesai, Pak Ramlan ghaib secara tiba-tiba dari pandangan mata mereka semua.

Adli menyalakan api rokoknya semula sambil kembali membetulkan kerusi yang terbalik tadi dan duduk semula di atasnya. Dia melepaskan asap rokoknya beberapa kali.

“Esok aku nak 20 orang perempuan lagi…” laung Adli kepada Arina dan Arini.

“Sofea macam mana?” soal Arina.

“Biar aku yang uruskan…” jawab Adli.

Dia menyedup rokoknya dalam-dalam sebelum melepaskan kepulan asap rokok yang banyak ke udara. Dia memberikan isyarat tangan agar kembar berkenaan keluar dari rumah berkenaan. Mereka berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu keluar dan menghilang diri selepas itu.

Adli masih terngiang-ngiang amaran Pak Ramlan kepadanya sebentar tadi. Dia tahu bahaya yang akan menimpanya kalau permintaan Pak Ramlan itu gagal disempurnakan. Orang tua itu mempunyai kuasa ghaib. Dia adalah pengikut Azazil. Adli amat pasti tentang perkara berkenaan dan tidak mahu mencari pasal dengan Azazil pula.

54 total views, 1 views today

Leave a Reply