Bab 12 – Hubungan Sulit (BDSII)

Spread the love

Bab 12 – Hubungan Sulit

Datuk Murad terjaga dengan tiba-tiba. Dia cuba membuka matanya. Namun matanya terlalu berat untuk dibuka. Dia mencuba lagi dan akhirnya dia mula sedarkan diri. Kepalanya sakit mungkin disebabkan air arak yang berlebihan diteguk pada malam tadi bersama Faridah di kelab eksklusif di ibukota.

Kemudian Datin Faridah keluar dari bilik mandi ketika melihat Datuk Murad sudah bangun dari tidurnya. Dia berjalan ke arah Datuk Murad dan duduk disebelahnya.

“Akhirnya you bangun juga…ingatkan tak nak bangun dah…” ucap Datin Faridah.

I penat sangat…” balas Datuk Murad pendek.

Datuk Murad kemudian menarik badan Faridah dengan tiba-tiba menyebabkan Faridah terkejut dan merelakan sahaja perlakuan Datuk Murad kepadanya.

§§

Datin Faridah bersiap-siap dan melangkah keluar dari bilik hotel berkenaan meninggalkan Datuk Murad bersendirian di atas katil. Selepas beberapa ketika, Datuk Murad menghubungi seseorang dengan telefon bimbitnya sambil menghisap rokoknya. Dia hanya menggangguk-anggukkan kepala selepas mendengar suara dihujung talian. Kemudian dia menamatkan panggilan tersebut sambil menghembuskan asap rokoknya berkepul-kepul ke udara. Dia tersenyum sendirian. Tidak disangkanya Faridah berjaya ditawan selepas beberapa kali memujuk. Datuk Murad puas kerana berjaya mendapatkan Faridah. Dia kesian dengan Datuk Halim yang gagal mengesan perhubungannya dengan isterinya.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk diiringi dengan bunyi loceng yang ditekan dari luar. Datuk Murad bangun dan berjalan menuju ke pintu. Dia melihat menerusi lubang kecil di tengah pintu untuk melihat tetamu yang berada diluar biliknya pada waktu ini. Dia melihat seorang wanita cantik yang sangat dikenalinya. Perempuan itu tidak lain adalah Datin Asmawani iaitu isteri kepada Datuk Kassim. Dia segera membuka pintu dan menjemput wanita berkenaan masuk. Wanita tersebut tanpa segan silu melangkah masuk ke dalam bilik berkenaan dan berjalan menuju ke sebuah sofa yang ada di dalam bilik berkenaan. Datuk Murad berjalan di belakang Datin Asmawani yang mengenakan kebaya mengikut potongan badannya. Dia melepaskan lagi asap rokok ketika mengambil tempat di bucu katil.

I call you semalam tapi handphone you switch off…” soal Datin Asmawani apabila melihat Datuk Murad hanya merenung sahaja dia dari tadi.

You pergi mana?” soalnya lagi.

Datuk Murad hanya tersenyum dan melepaskan asap rokoknya dengan bersahaja.

Come here darlingand take off your clothes…” rayu Datuk Murad perlahan sambil memberikan isyarat agar Datin Asmawani datang kepadanya.

Datin Asmawani hanya menurut sahaja arahan Datuk Murad sambil melemparkan senyumannya.

§§

Datuk Murad terjaga dari tidurnya. Dia terasa ingin membuang air kecil. Dia bangun dari katil dan berjalan perlahan menuju ke bilik air. Selepas melepaskan hajatnya, dia kembali ke katil dan melihat Datin Asmawani masih tidur dengan nyenyaknya di atas katil. Datuk Murad menambil sebatang rokok dan menyalakan rokoknya. Dia berjalan ke arah balkoni bilik hotel. Keadaan agak gelap kerana hari sudah malam. Dia melepaskan beberapa kali asap rokok yang disedutnya. Dia berfikir sejenak dengan perancangan yang telah dirancang. Dia mahukan Sofea! Tapi perempuan itu amat sukar didekati dan sentiasa mengelak darinya. Ibunya pula seorang yang susah dipujuk rayu kerana dia sangat setia dengan arwah suaminya Datuk Hisyam.

§§

“Datin, saya nak minta diri dulu ya…” ucap Kamal kepada Datin Suria yang masih berada di atas katil.

“Cepatnya nak balik Kamal…” rayu Datin Suria.

“Saya takut Datuk balik nanti…” balas Kamal dengan suara yang agak gementar.

“Datuk outstation lah Kamal…Biasanya 2-3 hari baru balik rumah” jawab Datin menenangkan hati Kamal.

Kamal sudah mengenakan pakaiannya semula dan berjalan menuju ke pintu. Dia melambaikan tangan sebelum beredar dari bilik berkenaan. Dia melangkah laju menuruni anak tangga dan berjalan terus ke luar. Dia faham benar rutin Datin Suria kalau Datuk Murad keluar outstation. Dia pasti akan dipanggil untuk datang ke rumah Datuk Murad untuk membantu isterinya dalam menjalakan apa-apa urusan yang diperlukan. Biasanya Datin Suria tidak akan keluar selama tempoh berkenaan dan hanya berehat di bilik dengan ditemani olehnya. Baginya inilah waktu dia akan menerima durian runtuh kerana Datin Suria akan memberikannya wang yang banyak bagi tempoh masa tersebut. Selepas tamat tempoh itu, dia akan diarahkan semula kembali ke pejabat bagi menjalankan tugas dipejabat pula.

“Susah kalau laki asyik keluar outstation tinggalkan bini sorang-sorang kat rumah…” bisik hatinya sambil bibirnya mengukir senyum. Selepas melepaskan asap rokoknya dia tersenyum lagi.

“Yang untung aku…bini dia aku dapat…duit dia aku sapu…” bisik hati kecilnya lagi.

Kamal percaya bahawa Datuk Murad outstation bukan untuk melakukan urusan kerja tetapi lebih kepada aktiviti curangnya dengan perempuan lain seperti yang pernah didengarinya dari mulut-mulut pekerja yang lain yang ada di pejabat.

Kamal juga percaya bahawa Datin Suria tahu kecurangan Datuk Murad dan dia sendiri membalasnya dengan melakukan kecurangan juga. Apa pun yang berlaku, kecurangan yang dilakukan oleh pasangan masing-masing menyebabkan hubungan mereka semakin dingin dan akhirnya hanya menanti masa untuk retak dan hancur berkecai.

“Bukan masalah aku…mungkin orang kaya memang begini cara hidupnya…” Kamal berbicara dengan dirinya sendiri sambil masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari perkarangan rumah Datuk Murad menuju ke pejabat.

43 total views, 1 views today

Leave a Reply