Bab 24 – Hukuman Maut (BDS)

Spread the love

Bab 24 – Hukuman Maut

Kereta hitam dan van hitam meluncur masuk ke dalam kawasan meletak kenderaan di sebuah bangunan pejabat di tengah kota. Kenderaan-kenderaan berkenaan masuk ke ruangan ‘basement’ kawasan berkenaan. Hari sudah hampir subuh. Kenderaan diletakkan di petak khas di kawasan ‘basement’ tersebut. Selepas itu, kesemua ahli kumpulan keluar dari kenderaan masing-masing dan menuju ke sebuah lif sebelah tangga.

Kemudian, lif tersebut mula bergerak ke atas menuju ke tingkat paling atas bangunan tersebut. Masing-masing masih tidak bercakap langsung. Tiada apa yang mampu diperkatakan oleh mereka semua memandangkan misi gagal mereka akan dilaporkan kepada bos mereka.

‘Ting’…pintu lif terbuka. Kesemua lelaki berkenaan keluar dan berjalan menuju ke pintu masuk pejabat. Di dalam kelihatan seorang perempuan yang perasan kehadiran mereka. Dia menekan butang bagi membolehkan pintu kaca di hadapan dibuka. Kesemua mereka berjalan masuk.

“Bos tengah tunggu korang. Silalah masuk ke bilik mesyuarat sekarang” gesa perempuan berkenaan.

“Kau tak balik lagi ke? Atau kau tak reti-reti nak balik..?” soal pemandu kereta hitam.

“Jangan sibuk hal aku. Jaga hal sendiri ok” bentak perempuan berkenaan.

Mereka semua bergegas menuju ke bilik mesyuarat dihujung ruang pejabat. Pintu diketuk dan kedengaran suara mengarahkan mereka masuk.

Pemandu kereta hitam masuk dahulu diikuti dengan pemandu van hitam dan akhirnya kesemua anggota kumpulan masuk ke dalam bilik mensyuarat dan mengambil tempat duduk masing-masing di kerusi di sekitar meja mesyuarat. Salah seorang ahli kumpulan mengutip girn yang digunakan oleh ahli kumpulan dan menyimpannya semula di atas ruangan khas pengecas girn.

“Hah..apa cerita…” soal lelaki berkot kepada konco-konconya.

Masing-masing mendiamkan diri.

“Seorang cakaplah…aku dah penat tunggu korang sampai sekarang. Aku tak nampak Shah Iskandar atau ayah dia pun sekarang. Korang tangkap diaorang hidup-hidup atau korang dah bunuh dorang kat sana?” jerkah lelaki berkot lagi. Mukanya dah berubah menjadi merah padam.

“Bukan macam tu bos..” lelaki yang memandu kereta hitam bersuara.

“Habis tu, kenapa korang balik tangan kosong?” tambah bosnya.

“Hari hujan bos…lebat..kami semua basah…sejuk..” balas lelaki berkenaan.

“’Wey badigol’, apa kena-mengena hujan dengan kerja yang aku suruh ‘korang’ buat?” bentak bos mereka lagi.

“Kami tak dapat nak tangkap Shah dengan ayahnya” ucap lelaki itu semula.

Lelaki berbaju kot sudah hilang sabar dengan usaha orang-orangnya kerana misi mereka tidak berjaya seperti yang dirancang.

“Korang ni tak boleh harap lah, meyusahkan aku ja” dengus bos mereka.

“Maaf tuan..” rayu lelaki berkenaan.

Lelaki berkot bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan mengelilingi meje bilik mesyuarat berkenaan. Dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang kesemua lelaki berkeanaan. Dia memandang setiap orang yang ada di dalam bilik mesyuarat berkenaan sambil meneruskan langkahannya.

Tangannya diseluk ke dalam kotnya. Dia mengeluarkan sepucuk pistol dengan muncung penyerap bunyi. Dia kemudian berjalan di belakang si pemandu van hitam. Dia berhenti disitu. Dia kini mengadap si pemandu kereta dan mengarahkan muncung senjatanya ke arah kepala lelaki berkenaan. Kesemua mereka masih tidak perasan apa yang dilakukan oleh bos mereka kerana mereka semua tertunduk.

‘Blut…’ bunyi senjata berkenaan selepas tembakan dilepaskan ke arah kepala pemandu kereta hitam. Dia terus tertunduk ke arah meja mesyuarat. Kemudian keadaan agak kelam-kabut sekejap. Lelaki si pemandu van baru tersedar kawannya sudah maut ditembak dikepala dihadapannya sekarang. Tiba-tiba lehernya disauk oleh sebuah tangan berkot dari arah belakang. Dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana bosnya kini ada dibelakangnya. Belum lagi dia mampu bersuara, kepalanya juga ditembusi dengan peluru dari senjata yang menamatkan riwayat kawannya sebentar tadi.

Ahli-ahli kumpulan yang lain mula panik. Mereka semua sudah sedar bahawa dua orang rakan mereka sudah terkorban. Mayat mereka sudah menjadi kaku. Kini mereka tidak tahu apa nasib yang bakal mereka pula terima memandangkan bos mereka masih lagi berjalan mengelilingi mereka di dalam bilik mesyuarat berkenaan.

Lelaki berkot kembali berjalan ke arah tempatnya semula. Dia segera duduk kembali dan senjatanya di letakkan di atas meja. Kemudian, dia menunjukkan jari telunjuk kepada dua orang lelaki dalam bilik berkenaan.

“Okay, kau dengan kau jadi ketua yang baru” umumnya kepada mereka.

Mereka berdua yang dipilih menganggukkan kepala tanda setuju dengan arahan berkenaan.

“Bawak keluar mayat dorang dalam bilik ni. Selepas itu, korang buang kat kilang kita. Masukkan dalam mesin pengisar faham!” arah bos mereka.

“Baik tuan” jawab mereka hampir serentak.

Mereka bergegas bangun dari tempat masing-masing dan mula menjalankan tugasan yang diarahkan. Mayat-mayat berkenaan diusung keluar dari bilik mesyuarat berkenaan. Pintu ditutup semula selepas mereka semua selesai.

Lelaki berkot masih duduk dikerusinya. Dia masih berfikir cara untuk menyampaikan hasil kerjanya kepada bosnya pula iaitu Azim Dato’ Ramli.

67 total views, 2 views today

Leave a Reply