Bab 23 – Misi Hakim (BDS)

Spread the love

Bab 23 – Misi Hakim

Akhirnya Hakim tiba ke Kuala Lumpur setelah memandu sejauh beratus-ratus kilometer dari arah utara. Dia semakin gembira kerana tidak lama lagi hajatnya untuk ‘mengenakan’ Shah Iskandar akan berjaya disempurnakan.

Tidurnya di RnR banyak membantu dia mengumpulkan semula tenaga untuk menjalankan agendanya pada hari ini. Dia tidak berlengah lagi, dia terus memandu menuju ke arah rumah musuhnya itu.

Jam menunjukan pukul 5.30 pagi ketika dia sampai disekitar kawasan rumah Shah Iskandar. Dia meletakkan keretanya agak tersorok sedikit agar tiada sesiapa yang akan mengesyaki rancangannya ini.

Dia keluar dari keretanya dan berjalan kaki menuju ke rumah Shah Iskandar mengikut jalan dalam. Dia rasa lebih selamat kerana sekiranya dia menggunakan jalan raya, dia bimbang sekiranya ada saksi yang bakal nampak dia disekitar kawasan ini. Dia semahunya ingin meminimumkan bukti kehadiran dia di kawasan rumah Shah Iskandar ini.

Perlahan-lahan Hakim menyusup di dalam gelap menuju ke rumah Shah Iskandar.

Di tangannya ada satu bungkus plastik berisi ‘barang’ yang hendak ditanamnya nanti dan juga cangkul kecil untuk mengorek lubang.

Dalam masa 20 minit, Hakim tiba di perkarangan rumah Shah Iskandar. Diperhatikan keadaan sekelilingnya. Keadaan agak sunyi sepi dan gelap sedikit. Hakim memerhatikan kawasan persekitaran yang sesuai untuk dia mengorek lubang dan menanam ‘barang’ tersebut. Dia sudah mengesan dan mengenalpasti lokasi strategik berkenaan.

Dia melangkah pantas dan berhati-hati menuju ke lokasi yang difikirkannya sesuai dengan cadangan kawannya siang tadi. Dia tidak membuang masa lagi terus mengorek lubang sedalam ½ kaki dan menanam ‘barang’ berkenaan selepas dibaca mantera yang dikehendaki.

Misinya sudah tercapai dan kini Hakim kembali menyusup menuju ke arah keretanya semula. Keadaan masih lagi sunyi dan Hakim tidak membuang masa yang banyak setelah berada di dalam keretanya. Dia menghidupkan enjin dan beredar dari situ seberapa pantas yang boleh.

Kini dia menuju ke pejabat pula kerana ada lagi perkara yang harus dilakukannya.

Hari semakin terang dan cerah ketika Hakim tiba ke pejabat. Dia bergerak pantas masuk ke dalam pejabat kerana dia tidak mahu bertembung dengan pekerja-pekerja lain.

Dia memerhatikan keadaan sekeliling dan bergerak dengan berhati-hati agar tiada sesiapa yang mungkin akan perasan kehadirannya di pejabat pada waktu yang begitu awal.

Perlahan-lahan dia menyusup menuju ke bilik Shah Iskandar.

Setelah sampai di depan pintu musuhnya itu, dia mengeluarkan dari poketnya kunci pendua bilik berkenaan untuk membuka pintu.

Setelah berjaya membuka dan memasuki bilik Shah Iskandar, dia menutup pintu dan memerhatikan keadaan sekeliling di dalam bilik. Dia masih tidak dapat memilih lokasi yang sesuai untuk diletakkan ‘tangkal siam’ ini.

Dia terus memerhatikan keadaan di bilik tersebut dan akhirnya dia menemui satu lokasi yang sesuai. Dia dengan segera menuju ke lokasi berkenaan dan menyorokkan ‘tangkal siam’ berkenaan setelah membaca mentera untuk menyediakannya diposisinya.

Setelah selesai, dia segera meninggalkan bilik Shah Iskandar dan mengunci kembali pintu berkenaan. Setakat ini, misinya hampir berjaya dan tiada sesiapa yang sedar atau nampak dia melakukan perkara-perkara berkenaan.

Puas rasa hatinya kerana Shah Iskandar akan tunduk kepadanya selepas ini. Shah Iskandar akan merayu dan meminta maaf kepadanya kelak. Itu lah yang dirasakannya pada masa ini.

Hakim bergegas pulang ke rumah untuk membersihkan diri sebelum hadir semula ke pejabat untuk mendapatkan reaksi dari Shah Iskandar pada hari ini.

56 total views, 1 views today

Leave a Reply