Bab 21 – Dipengaruhi Oleh Syaitan (BDS)

Spread the love

Bab 21 – Dipengaruhi Oleh Syaitan

Hakim sudah pun melepasi sempadan Thailand-Malaysia dan kini menuju ke Kuala Lumpur. Matanya agak mengantuk selepas mengharungi jalan raya di Thailand. Apa yang diperlukannya sekarang adalah rehat dan dia bercadang hendak berehat di RnR yang pertama dia jumpa nanti.

“Itu barang kau kena tanam dekat depan rumah dia. Lepas itu kau letak ini, kasi ikat bawah meja pejabat dia lebih baik. Kalau tak boleh, kau cari satu tempat dalam bilik pejabat dia, kasi taruk ini barang, kasi sorok sikit. Lagi satu barang, kau kena bagi dia minum atau makan. Kalau tidak nanti Tok Bomoh tak boleh kasi tolong sama kau.” kata kawannya sebelum dia beredar dari rumahnya.

Masih terngiang-ngiang pesanan itu. Dia bertekad akan menyempurnakan arahan-arahan Tok Bomoh itu. Dia perlu menghentikan Shah Iskandar dari terus cemerlang di pejabat kerana kedudukannya kini agak terancam.

Dia mungkin tidak lagi mampu mendapatkan pendapatan sampingan dari kroni-kroni yang menjalankan perniagaan dengan syarikat tempat dia bekerja. Sejak Shah Iskandar bekerja di syarikat berkenaan, dia jarang mendapat projek besar yang Dato’ tugaskan.

Kebelakangan ini, Dato’ lebih suka mengarahkan Shah Iskandar melakukan tugasan berkenaan walaupun dia merupakan pegawai paling senior di pejabat.

Akhirnya Hakim melihat satu RnR dalam 5 kilometer dari lokasinya sekarang. Dia perlu berehat dan melelapkan mata sebentar. Dia memecut laju agar dapat sampai dengan segera ke RnR tersebut. Badannya mungkin masih dapat bertahan tetapi matanya sudah hampir tertutup separuh dan dia tidak mahu terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuh raya ini.

44 total views, 1 views today

Leave a Reply