Bab 16 – Penantian Berdarah (BDS)

Spread the love

Bab 16 – Penantian Berdarah

“Helang hitam masuk!” pemandu kereta hitam menghubungi pemandu van hitam di hadapannya. “Gagak hitam sila jalankan berita, over” balas suara di i berkenaan.

“Burung dah masuk sangkar, burung dah masuk sangkar!” pemandu kereta hitam memecahkan suasana.

Kelihatan sebuah kereta memasuki simpang dari jauh. Lelaki-lelaki di dalam kereta dan van hitam keluar dari kenderaan masing-masing. Mereka segera mengambil tempat masing-masing di lokasi tersorok ditepi-tepi jalan. Pada masa yang sama, kenderaan yang meluncur masuk ke simpang berkenaan adalah kenderaan yang dipandu oleh Shah Iskandar.

Shah Iskandar memandu kenderaannya menuju ke rumah abang Kimi. Tiba-tiba abah memegang pehanya dan mengarahkan dia agar memperlahankan kenderaan.

“Kenapa abah?” soal Shah Iskandar.

“Ada sesuatu didepan abang. Kita kena berhenti disini” balas abahnya.

Shah Iskandar faham maksud abah. Ada sesuatu yang menghalang perjalanan mereka pada hari ini iaitu didepan mereka.

Mereka berdua keluar dari kereta dan bersiap-sedia untuk bertempur dengan musuh.

Geng lelaki berkenderaan hitam melihat dari jauh cahaya lampu kenderaan sasaran dimatikan ditengah jalan. Mereka semua keluar dari tempat persembunyian ke bahu jalan. Ada lebih kurang 12 orang konco-konco geng berkenaan berkumpul dan bergerak menuju ke arah kereta sasaran didepan. Masing-masing bersenjatakan parang panjang dan kayu pemukul bola besbol.

Jarak diantara mereka dalam 10 meter diantara satu sama lain.

Shah Iskandar memandang abah sambil menganggukkan kepala. Abah juga turut bersedia. Mereka berdua juga bergerak menuju ke arah geng tersebut. Tapi mereka tidak bersenjata.

Lelaki-lelaki berkenaan bakal bertempur dengan cara berdepan. Satu kumpulan mempunyai ramai anggota dan bersenjata manakala satu lagi kumpulan tidak bersenjata langsung.

Tiba-tiba ahli-ahli geng tersebut berlari menuju ke arah Shah Iskandar dan abahnya. Mereka bersungguh-sungguh untuk mencederakan sasaran mereka pada waktu ini.

Lelaki pertama yang sampai memegang sebilah parang panjang dan terus melibas ke arah kepala Shah Iskandar. Namun berjaya di elak dan beliau melepaskan satu pukulan menggunakan lutut ke sisi rusuk kanan penyerangnya dengan sekuat hati sehingga terdengar bunyi benda patah. Penyerang tersebut jatuh ke tanah sambil mengerang kesakitan akibat rusuknya diserang. Abah kemudian memijak tangan penyerang yang memegang parang tersebut. Dengan sekali tumbukan ke muka lelaki tersebut, beliau pengsan dengan serta-merta. Kelihatan darah mengalir keluar dari kedua-dua lubang hidungnya.

Penyerang kedua dan ketiga sampai serentak. Kedua-duanya memegang parang panjang. Seorang dari mereka melibas parang tersebut separas dada ke arah Shah Iskandar menyebabkan Shah Iskandar terpaksa berundur ke belakang sedikit kerana libasan yang pantas tersebut. Kemudian penyerang kedua melompat ke depan Shah Iskandar sambil cuba menikam parang panjang tersebut ke badannya. Shah Iskandar mengelak ke kirinya dengan pantas sambil tangannya menangkap pergelangan tangan penyerang tersebut. Tangan kiri Shah Iskandar disauk ke leher penyerang tersebut dengan pantas. Penyerang tersebut terasa lemas dengan cengkaman kuat dilehernya menyebabkan pegangan parang tersebut terlepas. Shah Iskandar kemudian menggunakan lutut kirinya untuk memukul bahagian belakang lutut penyerang agar dia jatuh ke tanah. Setelah penyerang tersebut jatuh ke tanah, siku kanannya menghentam dada penyerang tersebut tepat ke arah jantungnya ditengah menyebabkan dia tidak bergerak lagi.

Abah melompat ke arah penyerang yang gagal melibas Shah Iskandar tadi. Kini, dia cuba pula melibas abah di bahagian peha kiri. Abah berjaya mengelak libasan tersebut dan melepaskan sepakan kaki kanan ke bahagian kepala penyerang tersebut. Sepakan tepat tersebut menyebabkan penyerang terjatuh ke sebelah sisi kanannya.

Shah Iskandar berdiri disebelah abahnya.

Penyerang-penyerang yang lain tiba ke arah lokasi pertempuran.

Kini tinggal 10 orang sahaja kerana 2 orang lagi sudah tidak bergerak di atas tanah.

Shah Iskandar dan abah memasang kuda-kuda kerana geng tersebut mula mengelilingi mereka.

Ada 3 orang yang masih memegang parang dan 7 orang yang masih memegang kayu pemukul besbol. Kesemuanya tidak dapat dikenali kerana mereka menutup muka masing-masing dengan topeng hitam yang hanya membolehkan mata sahaja dilihat.

Shah Iskandar dan abah berdiri belakang membelakangi diantara keduanya. Mereka bersiap sedia dengan sebarang serangan yang akan dilancarkan oleh geng berkenaan.

Geng tersebut berpusing mengelilingi mereka berdua. Salah seorang dari mereka membuat pukulan ke arah kepala Shah Iskandar. Shah Iskandar menjerit dengan kuat, “Abah tunduk cepat”. Keduanya tunduk dengan serentak bagi mengelakkan pukulan tersebut. Shah Iskandar bangkit dengan begitu pantas sambil melepaskan pukulan siku kanannya tepat ke muka penyerang tersebut menyebabkan beberapa batang giginya tersembur keluar bersama darahnya akibat pukulan berkenaan. Dia terbaring diatas tanah.

Ahli geng berkenaan tiba-tiba terasa gementar dengan pertahanan yang ditunjukkan oleh kedua sasaran mereka itu. Seorang dari mereka mula berundur dan seterusnya melarikan diri ke arah semak dibelakangnya. Kemudian yang lain turut menyusul melarikan diri juga. Keadaan jadi senyap sepi. Shah Iskandar dan abah masih berdiri mengadap ke arah geng berkenaan melarikan diri. Masing-masing melepaskan lelah ketika bertempur tadi sambil menarik nafas lega dengan pengakhiran itu. Kedua-duanya sujud ke tanah sambil memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana melindungi mereka sepanjang pertempuran.

Tiba-tiba hujan turun semula walaupun tidak lebat. Kedua-duanya kembali berjalan ke arah kenderaan mereka dan meneruskan perjalanan ke rumah abang Kimi.

31 total views, 1 views today

Leave a Reply