Bab 15 – Bunga Kasih Sayang (BDS)

Spread the love

Bab 15 – Bunga Kasih Sayang

Alisha sedang tidur apabila telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Alisha meraba-raba meja disebelah katil dan mengambil telefonnya. Matanya yang kuyu dan kecil tadi cuba dibuka dan dibesarkan agar dapat melihat dengan jelas identiti si pemanggil. Di skrin telefon tertera nama Adam. Alisha segera menekan butang ‘accept’ dan kedengaran suara dihujung talian, “Hello, assalammualaikum”

“Waalaikumsalam Adam. Ada apa ‘call’ Sha malam-malam ni?” soal Alisha kepada Adam. “Maaf Sha, Adam tak boleh nak tidur. Adam ‘try’ ‘call’ pakcik Shah Iskandar tapi tak dapat. Boleh sha cuba ‘try’ ‘call’ dia dan mintak dia call Adam tak? Ada hal ‘urgent’ “ pinta Adam. “Pakcik ‘on the way’ datang umah Sha. Tapi dia belum sampai lagi dengan atuk” balas sha semula.

“Oh, ‘on the way’ umah Sha? Ada apa pakcik dengan atuk datang umah Sha lewat-lewat malam gini? Sha sakit lagi ke?” Adam bertanya lagi.

“Sha tak sakit Adam, tapi ada gangguan yang Sha pun tak tahu nak jelaskan dengan Adam. Esok-esok kita jumpa nanti Sha cerita ya” balas Alisha semula.

“Okay Sha, maaf mengganggu Sha. Mohon nanti maklum dengan pakcik ya, Adam ada hal penting nak bincang dengan dia” ulang Adam kepada Alisha.

“Okay Adam. ‘No problem’” jawab Alisha sebelum menamatkan panggilan tersebut.

Alisha meletakkan semula telefonnya di atas meja di sisi katil. Dia melihat jam sudah menunjukkan jam 3.07 pagi.

“Lambatnya pakcik datang..” bisik hatinya.

Alisha bingkas bangun dari katilnya. Dia berjalan menuju ke pintu dan membukanya. Dia keluar dari bilik dan berjalan menuruni tangga ke bahagian bawah. Lampu terang-benderang dibahagian bawah rumah. Dilihatnya ayah dan ibunya masih leka menonton televisyen. Dia segera mendapatkan mereka. Dia mengucapkan salam. Kedua-duanya menjawab salam sebelum menoleh ke arahnya.

“Kenapa bangun?” tanya ayahnya.

“Tadi Adam telefon Sha” balas Sha sambil duduk ditepi ibunya. Ibunya mengusap-usap rambut Alisha dengan penuh kasih sayang.

“Ada apa Adam telefon lewat-lewat malam begini Sha?” tanya ibunya pula.

Alisha memandang ke arah ibunya dan berkata, “Adam cakap dia cuba telefon pakcik tapi tak dapat”.

“Ada hal apa Adam telefon pakcik, Sha? Dia ada masalah ke?” ayahnya pula bertanya lagi. “Entahlah ayah, katanya dia tak boleh tidur…” jawab Sha kepada ayahnya.

“Kalau tak boleh tidur kenapa telefon Sha pula? Jangan-jangan Adam rindu dengan Sha tak?” usik ayahnya sambil tersenyum.

“Eh..ayah ni. Adam nak rindu dengan Sha nak buat apa? Dia ramai ‘girlfriend’ ayah. Keliling pinggang..!” jawab Sha semula sambil ketawa kecil.

“Mana Sha tau ni?” usik ibunya pula.

Masing-masing tersenyum dan ketawa kecil apabila berkongsi cerita mengenai Adam.

“Lambat pakcik dengan atuk sampai ayah. Diorang jadi ke datang rumah kita?” soal Alisha ketika masing-masing menumpukan kepada set televisyen. “Ayah rasa sekejap lagi atuk dengan pakcik Sha sampailah tu. Hujan lebat tadi ‘tu’ yang buat ‘diorang’ lewat agaknya” jelas ayahnya.

39 total views, 1 views today

Leave a Reply