Pendapatan Aktif dan Pendapatan Pasif

Spread the love

Ramai orang masih tertanya-tanya dan tidak begitu memahami sepenuhnya perbezaan pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Ada orang masih menyangka bahawa pendapatan aktif adalah bagi orang yang kerja makan gaji manakala pendapatan pasif adalah bagi orang yang buat kerja part time.

Sebenarnya pendapatan aktif adalah keadaan atau situasi dimana anda perlu melakukan kerja untuk mendapat bayaran atau gaji tetapi sekiranya tiada kerja dilakukan maka anda tidak diberikan sebarang bayaran. Dalam erti kata lain, aktif untuk melakukan sesuatu untuk mendapat upah bagi perkara yang telah dilakukan pada masa ia dilakukan.

Pendapatan pasif bererti sesuatu keadaan dimana anda mungkin tidak perlu melakukan sesuatu tetapi masih dapat upah atau bayaran untuk sesuatu yang telah anda lakukan pada masa lepas dan sekali sahaja dan pembayaran tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja malah akan dibayar terus menerus sehinggalah anda memberhentikan kerja tersebut.

Kebanyakkan orang mempunyai hanya satu pendapatan yang dikategorikan sebagai Aktif atau lebih dikenali dengan kerja makan gaji. Dalam keadaan ini anda telah bersetuju untuk melakukan segala kerja-kerja yang berkaitan oleh pembayar gaji anda iaitu majikan anda untuk menerima bayaran atau upah secara berkala atau bulanan. Biarpun anda diberikan pendapatan tetap setiap bulan, ianya masih lagi dalam kategori pendapatan aktif kerana selagi anda datang bekerja anda akan diberikan bayaran tersebut. Walaubagaimanapun, tidak kira sebanyak mana anda melakukan kerja anda, pendapatan anda tidak akan bertambah atau berkurang kerana ia adalah pendapatan tetap. Kemungkinan anda dibayar lebih sekiranya anda melakukan kerja lebih masa iaitu selepas masa bekerja anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan aktif.

Pendapatan pasif tidak banyak dipraktikkan kerana masih ramai yang tidak faham. Ia berbeza dengan kerja part time atau pekerjaan yang ke-2 yang biasa orang buat seperti menjadi pemandu Uber atau Grab, menjual barang di FB atau IG dan sebagainya. Ini adalah kerana anda harus menjadi aktif untuk mendapatkan keuntungan kepada pekerjaan tersebut. Sekiranya anda tidak aktif maka tiada pendapatan untuk anda bagi tempoh masa tersebut sehinggalah anda aktif semula. Pendapatan aktif adalah pekerjaan yang anda lakukan pada masa sekarang, dan mungkin sekali sahaja dan pendapatan tersebut akan terus diterima oleh anda walaupun anda tidak melakukannya lagi. Inilah yang dinamakan pendapatan aktif.

Baiklah, apakah jenis pendapatan pasif yang dikatakan itu? Pekerjaan yang paling mudah adalah mendapat bayaran dari iklan-iklan yang ditayangkan oleh video-video dari saluran rangkaian YouTube anda. Selagi akaun anda tidak ditutup atau ditamatkan maka anda akan menerima bayaran secara pasif kerana ia adalah auto selepas anda menyelesaikan tetapan tersebut dengan akaun YouTube anda.

Pekerjaan lain dalam kategori pasif ini adalah iklan di blog yang anda bangunkan dan daftarkan. Ada banyak penyedia iklan di blog seperti Nuffnang dan sebagainya. Anda boleh buat carian di Google.com. Apa yang anda perlukan adalah sebuah blog dan kandungan blog yang mampu untuk menarik ramai pengunjung dan lebih ramai lebih bagus kerana anda akan menerima bayaran bagi iklan yang disiarkan oleh pengiklan melalui platform yang dinyatakan atau yang anda pilih.

Satu lagi pekerjaan yang berkaitan dengan pendapatan pasif adalah menjadi affiliate iaitu anda menjadi promoter kepada sesuatu laman web yang menawarkan komisen untuk sebarang jualan yang dihasilkan melalui referal ID anda atau anda berjaya mendaftarkan pelanggan baru di laman tersebut. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membuat promosi ke atas link ID anda untuk mewar-warkan laman tersebut kepada pelanggan berpotensi.

Teknik yang paling saya sukai adalah menulis buku dan memasarkannya sendiri ke platform-platform yang tersedia di internet. Ada banyak dan anda boleh pilih mana yang bersesuaian. Anda boleh jual di Google Play Book atau di Shopee atau mana-mana platform atas talian yang menyediakan urusan jualbeli tersebut.

Saya panggil penjualan ebook sebagai salah satu cabang pendapatan pasif kerana anda tidak perlu menjadi aktif untuk menjual kerana segalanya diuruskan oleh platform yang anda pilih. Hasil jualan buku anda terus dimasukkan ke dalam akaun anda tanpa gagal pada setiap tempoh masa yang telah dipersetujui di antara anda dan penyedia tersebut.

Pendapatan pasif hanya sekali sahaja tetapan dalam akaun yang anda daftarkan dan anda akan menerima bayaran bagi setiap jualan yang berlaku samada anda online atau offline. Dan mungkin juga boleh menggantikan pendapatan aktif anda yang anda terima secara tetap dan anda tidak perlu bekerja lagi teruk-teruk sehingga 45-60 jam setiap minggu untuk mendapat pendapatan yang diperlukan. Mungkin pendapatan pasif anda hanya memerlukan hanya 2-3 jam sehari bergantung kepada pilihan yang anda buat untuk dilakukan dan anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti lain yang selama ini tidak dapat dilakukan kerana terpaksa menghabiskan masa dengan melakukan kerja rutin harian anda.

167 total views, 1 views today

Leave a Reply