Bagaimana nak jual ebook? part 3

Spread the love

Saya nak share teknik yang saya guna untuk create ebook saya siap dengan cover sekali. Ini panduan tersimple yang saya boleh kongsi dengan kawan-kawan. Memang mula-mula tu agak kelam-kabut, tapi bila dan biasa buat ebook, saya rasa teknik ni memang mudah dan senang. 

Okay, perkara yang saya nak share ini dengan kawan-kawan adalah dengan anggapan bahawa cerita atau buku yang kawan-kawan nak convert ke ebook tu dah 100% siap. Pastikan semua ejaan dan perkataan dalam cerita anda itu dah sempurna, takda error lagi, sebab ada banyak perkara kita kena tengok akibat dari memandang rendah persiapan awal ini terutamanya ejaan dan susun atur ayat anda dalam buku yang anda taip atau tuliskan itu. Kena buat proper dan elok-elok. Kita tak mau nanti dah convert ke ebook, masih ada kesilapan ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Kita nak error-free.

Kalau anda tak yakin dengan kebolehan dan kepakaran anda untuk menyemak cerita anda, bolehlah minta tolong kawan-kawan lain check kan. Tak perlu pergi cari editor yang berbayar nak buat benda ini, Kita pun baru mula nak jadi penulis ebook, kita boleh try sendiri dulu. Cuma pastikan buku kita hampir-hampir perfect lah takda error dah.

Saya akan mula menyediakan rangka penulisan saya. Seperti biasa, setiap cerita mesti ada pengenalan, idea-idea dan penutup. Ini akan memudahkan saya menulis idea-idea saya dengan teratur dan mudah difahami. Selain dari itu, ada satu kemudahan dalam MS Word 2010 yang saya sangat gemari iaitu Menu Isi Kandungan Automatik (Table Of Content) dimana saya tidak perlu bersusah payah untuk menyemak muka surat mengikut tajuk yang saya tulis, memadai dengan hanya menggunakan kemudahan berkenaan dengan syarat saya mesti memberitahu kepada perisian MS Word berkenaan yang mana adalah tajuk-tajuk dalam buku saya dan yang mana adalah perenggan biasa. Selepas itu apa yang perlu saya buat hanyalah mengemas kini fail berkenaan bagi memperolehi data muka surat secara automatik.

Saya akan merekacipta kulit buku e-buku saya dengan hanya menggunakan MS Powerpoint 2010. Anda tidak perlu kemahiran yang tinggi untuk melakukan perkara ini kerana ianya sangat mudah dan pantas.

Apa yang penting adalah sedikit skill yang kreatif untuk menghasilkan cover yang ringkas dan nampak profesional. Menghasilkan cover yang menarik adalah satu kelebihan kepada e-buku saya agar pembeli berminat untuk mendapatkan e-buku saya dengan cepat dan pantas.

Okay kawan-kawan, ini lah teknik yang saya gunapakai pada hari ini bila saya nak create ebook saya. Senang sesangat! Apa yang penting practice practice practice dan kawan-kawan dah boleh start buat part time bisnes menjual ebook ni. Okay, next kita akan share lokasi yang kita boleh jual ebook kita ni. Yang berbayar ada, yang percuma pun ada. Saya guna dua-dua sekali. ok bye!!

p.s. Kalau kawan-kawan nak tahu lebih lanjut tips yang saya share kat sini, boleh lah lawati ke :

http://PANDUAN EBOOK

245 total views, 1 views today

Leave a Reply