Bagaimana nak jual ebook? part 2

Spread the love

Rasanya ramai yang dah tahu macam mana nak daftar buku dengan perpustakaan negara malaysia (PNM). Kalau anda freelance writer atau penulis bebas, anda kenalah buat sendiri semua ini. Lepas isi borang permohonan anda akan dapat maklumbalas dari PNM melalui emel kalau anda hantar melalui emel. Kalau dengan pos, anda akan dapat maklum balas melalui pos juga. Maklumbalas yang saya maksudkan adalah nombor ISBN bagi buku yang anda tulis itu yang merupakan hasil karya anda. PNM akan bagi kod-kod ISBN itu. Sila rujuk gambar di bawah.

Selepas itu? Bergantung dengan jenis buku yang anda rancang nak terbitkan, samada digital (ebook) atau cetakan buku. Kalau digital anda kena burn dalam CD salinan buku anda itu. Mungkin anda guna MS Word atau dalam bentuk PDF, anda kena burn dalam CD bagi setiap tajuk dan letak nombor ISBN anda. Dua salinan bagi satu tajuk.

Selepas dah burn dalam CD kena lah hantar ke PNM. Terpulang nak hantar dengan POS atau BY HAND. Seeloknya anda siap-siap print senarai buku anda yang nak dihantar, nanti senang pegawai di kaunter PNM COP ja akuan terima, kalau tidak kena tunggu dia isi satu slip borang penerimaan baru dia COP akuan terima.

Okay, sekarang kawan-kawan dan tahu macam mana nak uruskan dengan PNM. Next cerita saya akan kongsi cara saya siapkan satu ebook saya. Bye!

boleh check ebook saya di shoppee (RM7.00 Off for your first order with shopee) : https://shp.ee/abgu4y9

credit to : https://panduanmenjualebook.blogspot.com/

135 total views, 1 views today

Leave a Reply