Saya jual ebook saya di Google Play Book…

Spread the love

Selain di PublishDrive dan Draft2digital, saya juga menggunakan platform Google Play Book untuk memasarkan ebook-ebook terbitan Geinwo Enterprise. Cumanya, Google Play Book sangat ‘strict’ tentang pemasaran ebook menerusi channel mereka dan akaun publisher sangat limited. Walaubagaimanapun, apa yang paling saya suka mengenai pemasaran di Google Play Book adalah saya boleh membayar menggunakan kredit dari telefon saya sahaja, tidak kira anda adalah pengguna Maxis, Digi ataupun sebagainya, anda boleh membayar menggunakan kredit tersebut. Sangat mudah bukan? Tak payah susah-susah nak bayar guna perbankan internet ataupun apa-apa sahaja yang berkaitan dengan akaun bank. Saya sebagai penjual ebook juga senang dengan cara penjualan begini. Menjimatkan masa dan tenaga dan pembeli boleh terus muat turun ebook dan baca dalam handphone sahaja!!

Anda dapat lihat console Google Play Book saya di atas.

Kat bawah ini anda boleh lihat graf penjualan ebook saya pada setiap bulan. Memang tak banyak, lagipun buat secara part time. Ada rezeki adalah jualan, yang penting berterusan bukan. Buat pengetahuan anda, keuntungan anda dibayar dalam dollar (USD). Kalau dapat USD10 dollar, dekat-dekat RM40 boleh dapat dalam akaun bank anda pada setiap 15hb.

Apa tunggu lagi, JOM buat ebook banyak-banyak. Kalau anda ada ebook dan nak tumpang jual kat akaun Google Play Book saya, anda boleh emel atau whatsapp saya ok!..

Nak buku ni? (USD6.99 PER COPY) Anda boleh buat tempahan untuk pembelian nashkah bercetak pada hari ini. Sila dapatkan maklumat lanjut melalui 01120898979 ataupun geinwo@gmail.com
Nak buku ni? (USD11.99 PER COPY) Anda boleh buat tempahan untuk pembelian nashkah bercetak pada hari ini. Sila dapatkan maklumat lanjut melalui 01120898979 ataupun geinwo@gmail.com

Semoga bermanfaat.


1,220 total views, 29 views today

Leave a Reply