Akhirnya hasil tulisan cerita saya ini berjaya disempurnakan tepat pada masanya. Setelah hampir 2 tahun saya mengarang cerita ini bermula dengan hanya sebuah cerita pendek di Blog, akhirnya berjaya diolah dan dimasukkan unsur kesinambungan yang berterusan untuk menghidupkan jalan cerita dan menonjolkan watak-watak dalam cerita ini dengan cara saya sendiri. Sokongan anda amatlah saya hargai kerana tanpa pembaca seperti anda mungkin cerita ini hanya sekadar cerita pendek di Blog-Blog sahaja. Sebagai pembaca yang berintelek seharusnya kita dapat menilai setiap perbuatan yang jahat pasti akan mendapat balasan kelak dari Allah swt. Mungkin akan dibalas secara terus didunia ataupun menerima hukuman setimpal diakhirat kelak. Hidup bermasyarakat dan bersosial tidak dapat lari daripada mengalami pelbagai kejadian-kejadian yang tidak baik atau baik yang tidak dapat dielakkan kerana ia telah ditakdirkan untuk berlaku. Berdoalah setiap hari agar kita menjadi orang-orang yang sentiasa dibawah lindungan Allah swt dalam apa jua perkara yang kita
lakukan kerana Allah swt merupakan pelindung terbaik kita didunia ini.
Mohonlah kepadaNya kerana Dia tidak pernah lupa kepada kita sekiranya
kita tidak pernah lupa kepada Dia dan begitu juga kalau kita terlupa
kepada Dia, sifatNya yang maha pengampun dan penyayang
membolehkan
kita memohon keampunan pada bila-bila masa selagi pintu taubat belum
ditutup. Muhasabah diri sentiasa atas apa yang telah kita lakukan dalam
hidup kita terhadap diri sendiri ataupun terhadap
orang lain yang
kita sayangi atau yang kita benci. Nikmat Allah tidak terbatas tetapi
boleh ditarik dan ditambah pada bila-bila masa mengikut ketentuanNya,
oleh itu sentiasalah kita beringat sebelum terlupa. Ingat lima perkara :
sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang
sebelum sempit dan hidup sebelum mati. Peringatan ini untuk anda semua
dan juga untuk diri saya sendiri.
Sejarah penciptaan manusia
menyaksikan bahawa Iblis engkar dengan perintah Allah swt untuk tunduk
dengan ciptaan makhlukNya yang bernama manusia iaitu Nabi Adam a.s.
Manakala Malaikat iaitu makhluk Allah yang paling taat akur dengan
perintah Allah swt. Oleh itu atas sikap ego dan riak Iblis tersebut,
Allah telah menghukum Iblis untuk masuk ke dalam Neraka.
Walaubagaimanapun, Iblis bermohon kepada Allah agar dia diberikan
kelonggaran untuk menyesatkan anak-anak Adam sehinggalah berlaku hari
Kiamat kerana dia ingin membuktikan kepada Allah bahawa manusia tidak
layak menjadi khalifah Allah dibumi kerana fitrahnya yang sangat lemah.
Allah memberi izin kepada Iblis kerana dia
akan dimasukkan ke Neraka
bersama-sama pengikutpengikutnya yang termasuk juga dari golongan
manusia. Oleh itu, kita sebagai manusia harus sedar tentang bahaya
hasutan Iblis dan tipu daya Syaitan yang sentiasa tidak pernah putus asa
untuk menyesatkan anak-anak Adam
untuk menemani mereka ke Neraka
Allah swt. Jangan sesekali kita memohon bantuan dan ehsan dari Iblis dan
Syaitan. Bermohonlah kepada Allah agar sentiasa dilindungi dan
diselamatkan dari gangguan Iblis dan Syaitan.
Wallahualam.
635 total views, 1 views today