Anaqah Chia Seed

Anaqah Chia Seed
  • Click to enlarge
  • Click to enlarge
  • Click to enlarge
  • Click to enlarge
  • Click to enlarge
  • Click to enlarge
  • Click to enlarge
  • Click to enlarge
  • Click to enlarge

$5.62


Product Information
Specification

KENAPA MESTI CUBA 'Chia Seeds' ? . 'Chia seeds' ni merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak sangat kelebihan iaitu sangat kaya dengan Omega 3 disamping segala macam vitamin dan nutrien, fiber, protein, kalsium dan yang terpenting juga ialah antioxidants, hanya 2 sudu besar dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting ia bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses. Boleh dimakan mentah atau dicampur di dalam minuman atau apa jua masakan. Jika dicampur dalam minuman ia akan kembang sama sifat seperti 'biji selasih'


Kenapa ramai yang cari Anaqah Chia Seed? Sebab utama diperakui dengan adanya sijil halal, sijil expured dan sijil-sijil lain yang disahkan. So ia tidak was-was lagi. Kedua, baru beberapa bulan menapak di pasaran tapi beratus testimoni ikhlas dari consumer telah diperolehi. 
 

[10 KHASIAT CHIA SEED UNTUK DIET SIHAT HARIAN KITA]

1. Dapat Melawan Diabetes

Chia Seed telah dikaji oleh pakar perubatan, ianya telah menjadi sebagai  salah satu rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya  untuk memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah pancang gula darah.

2. Mengandungi serat yang banyak

Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira SATU PERTIGA daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fiber yang baik. Dimana ianya amat  penting untuk sistem penghadaman.

3. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang

Satu hidangan chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi,  tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.

4. Mempunyai Mangan

Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan Thiamin. Dalam pengambilan Satu hidangan chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.

 5. Lebih Banyak Fosforus

Dengan mempunyai 27 peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, chia seed juga turut membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihatdan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensintesiskan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita.

6. Kaya Dengan Protein

Chia seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan VEGETARIAN dan ianya  tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.

 7.  Dapat Menstabilkan Gula dalam Darah

Pengambilan chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat). Rintangan yang  jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhanya.

 8. Mudah  Berasa Kenyang

Tryptophan adalah merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam Chia Seed. Walaupun tryptophan akan memberikan  kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.

9. Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa chia seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing manis. Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.

10. Penuh dan kaya dengan Omega-3 

Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.
Banyaknya khasiat, manfaat dan kebaikan yang terkandung dalam Chia Seed ini, bagi yang berDIET bolehlah amalkan pengambilan chia seed ini.

#sebutirsejutarahsia

#geinwoenterprise

Product Code ANAM1D1U28
Condition New

Customer Reviews

This product hasn't been reviewed yet.

Write a review

Write Review

Verify you are a human

Please enter a valid email address.
This field is required.
Top

eCommerce by CubeCart